BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyakit Batu Karang

haudli

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,323
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,323
Reaction score
452
Points
136
Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
 
Kata org jangan tahan kencing.....apepun thanks TT for info kesihatan nie
 
ish.. takutnya #:-S memerlukan pengubatan sepanjang hayat tuu..
agak2 penyakit ni boleh mnybabkan mati pucuk x? yelah ia bersangkutan dgn saluran kencing kita kn :-?
 
Setiap penyakit ada penawarnya..
penyakit ni memang banyak kali kita dengar tapi kita kurang memahami apakah punca terjadinya penyakit batu karang.
teknologi semakin canggih dan pelbagai kaedah rawatan boleh kita perolehi.

Hidup yg sihat melalui permakanan yg sihat.
oleh itu, awasi tabiat permakanan anda.

Good infor thanks.

 
erm..tokwan aku pun sakit jugak..sape ade ubat yer? di melaka ade sornag tu pandai..depa dan banyak dah yg pergi sana...dia kerajaan melaka yg bayar gaji dia..dia tak mintak ikut sedekah ajer nak kasi berapa..kejap ajer dia buat...dia tarik keluar...tanpa bedah tgok2....dah kuar sebijik dia tarik...tapi jauh sangat dan tak tow jalan ler...kawan yg g buat nie pun bz...dok k.l kalau tk boleh bawa...
 
Sakit itu ujian. sakit itu penghapus dosa. Sakit juga menyedarkan kita.
Berusaha dan terus berikhtiar kerana setiap penyakit ada penawarnya.
 
masa ni la kita kena jaga kesihatan..
 
1000695476.jpg


Ada satu kesakitan yang sukar dibayangkan, sehinggalah ia terjadi pada diri sendiri. Ia dipanggil renal colic kesakitan akibat batu karang yang menghalang aliran air kencing.

Dalam skala kesakitan perubatan 0 hingga 10, renal colic sering berada pada tahap 9 atau 10 setara atau lebih teruk daripada sakit bersalin!
.

Di Malaysia, kira-kira 1 daripada 10 orang akan mengalami batu karang sepanjang hidup mereka. Ia bukan penyakit orang tua sahaja; kes di usia 30–40 tahun juga semakin meningkat.

Jika tidak dirawat, batu karang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kekal, jangkitan darah (sepsis), tekanan darah tinggi, dan kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis.

Punca yang ramai terlepas pandang:

• Makanan tinggi oksalat seperti bayam, kacang, coklat, dan teh. oksalat berlebihan bergabung dengan kalsium membentuk kristal di buah pinggang.

• Pengambilan vitamin C berlebihan

• Diet tinggi garam

• Kurang bergerak atau duduk terlalu lama

• Faktor genetik & sejarah keluarga meningkatkan risiko.
.

Batu karang bukan sekadar akibat “kurang minum air”. Ia adalah gabungan diet, gaya hidup, dan faktor genetik. Kenali puncanya, elakkan risikonya, dan jangan tunggu sehingga sakit itu datang… kerana bila renal colic menyerang, tiada bahasa yang cukup untuk menceritakan azabnya.
 
Back
Top
Log in Register