BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyakit ALBINO

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
FB_IMG_1664524133621.jpg

Terbaca perkongsian satu portal mengenai kisah anak albino. Ada yang komen , “family kami tak ada keturunan ini, tiba tiba keluar anak orang putih”

Sebenarnya, albino adalah penyakit KETURUNAN dari genetik resesif (lemah) dari kedua ibu bapa. Maksudnya, kedua ibu bapa ada bawa genetik ini tanpa diketahui.

Ia menyebabkan mutasi pada genetik yang menghasilkan melanin (warna) pada kulit, rambut dan anak mata. Sebab itu warna kulit pesakit cerah dan berambut perang.

Memang cantik dan comel, cuma pesakit ada masalah tidak tahan jika terdedah kepada cahaya matahari terik untuk tempoh yang lama. Kulit mudah sunburn. Pesakit juga mungkin ada komplikasi mata seperti rabun dan silau.

Selain dari masalah itu, pesakit boleh hidup seperti orang biasa termasuk berumah tangga. fungsi otak langsung tidak terjejas dan mereka ada jangka hayat yang sama seperti orang lain.

Di sesetengah negera yang ada kepercayaan syikin, pesakit ada isu stigma. Antara kepercayaan sesetengah masyarakat

- Albino penyakit berjangkit
- Ia adalah akibat hukuman dosa
- Darah albino menyembuhkan penyakit
- Albino berkait dengan sihir

Namun di Malaysia, pesakit albino di terima baik & disayangi kerana kelihatan seperti Mat Salleh dengan kulit putih dan berambut perang.

PHM
 
1000505354.jpg


Albinisme terjadi akibat mutasi pada gen tertentu yang mengawal penghasilan melanin.

Gen ini bersifat resesif, di mana kedua-dua ibu bapa perlu membawa gen tersebut untuk diwariskan. Albinisme bukanlah penyakit, tetapi merupakan satu keadaan genetik yang dialami sejak lahir.

Walaupun tiada rawatan khusus untuk albinisme, individu yang mengalaminya boleh mengambil langkah untuk melindungi kulit dan meningkatkan penglihatan mereka.

Antara langkah yang disarankan adalah memakai cermin mata hitam berkualiti tinggi yang mampu menyekat sinaran ultraungu serta menggunakan pakaian dan topi pelindung matahari semasa berada di luar rumah.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
 
Back
Top
Log in Register