BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penutupan Kekal Dua Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Ampang Bermula Hari Ini - DBKL

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80

Penutupan Kekal Dua Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Ampang Bermula Hari Ini - DBKL​

4ab552ac2b6d837c43217514f8fdbcc76a448e156f1f5

cf163a20f5f42cbec4696a5cd907b95c6a448df6a4482

d66f84d7dc540396068079fdb5224fd56a448dd807694

Kredit: FB - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Persimpangan lampu isyarat di hadapan Kedutaan Besar Diraja Thailand dan Lorong Ampang 2 di Jalan Ampang akan ditutup secara kekal bermula hari ini bagi memberi laluan kepada projek menaik taraf Jalan Ampang.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu adalah sebahagian daripada projek menaik taraf Jalan Ampang sepanjang 3.2 kilometer, bermula dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Menurut DBKL, projek itu bertujuan meningkatkan kecekapan rangkaian jalan raya, keselamatan pengguna serta melancarkan aliran trafik di koridor utama berkenaan.

“Projek ini melibatkan penyediaan infrastruktur yang lebih sistematik termasuk pembinaan pembahagi jalan, jalan empat lorong dua hala, laluan pejalan kaki yang lebih selesa dan selamat, serta penambahbaikan kemudahan lampu jalan.

“Pembinaan pembahagi jalan dan penutupan persimpangan lampu isyarat ini juga dijangka dapat mengurangkan konflik pergerakan kenderaan, mengurangkan kelewatan di persimpangan serta meningkatkan kelancaran aliran trafik di sepanjang Jalan Ampang," menurut kenyataan itu.

Bagi mengurangkan kesesakan kerana penutupan jalan, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif dengan membuat pusingan U di Jalan Tun Razak untuk ke arah Ampang, manakala bagi perjalanan ke arah pusat bandar, pusingan U boleh dibuat di Jalan Ampang Hilir.

Orang ramai dinasihatkan mematuhi papan tanda lalu lintas bagi memastikan perjalanan lancar.

 
Back
Top
Log in Register