BTC USD 81,580.1 Gold USD 4,080.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternakan Arnab

American Chinchilla
americanchinchilla.jpg

Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik . Lebat dan halus 1 1/4 " panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai "Heavyweight Chinchilla". Berat 9-12 lbs. Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.

English Spot
spot2.jpg

Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran "herringbone" biru, "tortoiseshell" berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil "Lapin Papillon Angalias" di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.


Sable
sable.jpg

2 jenis: "Marten sable" dengan warna putih di bahagian bawah atau "Siamese sable" yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebatr. Sangat tenang.


American Sable
americansable.jpg

Kacukan Chinchilla. Berwarna cokelat "sepia" yang pekat di kepala, telinga, belakang, kaki & bahagian atas ekor. Berbulu lembut, lebat, halus dengan bulu bahagian luar yang kasar. Berat 7-10 lbs.


Rhinelander
rhinelander.jpg

Negara asal: Germany. Arnab pedaging dengan bulu yang lebat dan seperti sutera. Bertanda putih dengan hitam & jingga keemasan terang (6-8 tanda bulat di kedua-dua belah badan , dan juga tanda di tulang belakang, bertanda seperti rama-rama di hidung, bulatan di mata, telinga berwarna dan tompok bulat di pipi). Berat 6 1/2-10 lbs.
 
Castor Rex
castorrex.jpg

Mini Rex
minirex.jpg

Seal Point Rex
sealpointrex.jpg

Negara asal: France. Berwana hitam, biru, "broken group, californian", "castor, chinchilla", cokelat, himalayan, ungu lembut, "lynx", "opal", merah, "sable", "seal tortoise" & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8" . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2-10 1/2 lbs. Berat "mini rex" 3-4 1/2 lbs.



Britannia Petite
britanniapetite.jpg

Negara asal: Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. "Fly back coat". Berat < 3 1/2 lbs. Berwarna putih, hitam "otter", hitam, biru, cokelat, "chestnut agouti", "sable marten".Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera. Di USA, dikenali sebagai "Britannia Petite".


Palomino
palomino.jpg

Negara asal: Washington. Warna keemasan, "lynx" c.Berat 8-11 lbs.

Satin
satin2.jpg

sablesatin.jpg

Negara asal: Indiana, USA. Nama diperolehi dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera , halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, "californian", "chinchilla", cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 8 1/2-11 lbs.

New Zealand
nz.jpg

Negara asal: America. Warna putih, hitam & biru. Bulu berwarna merah keemasan terang lebih kasar jika dibandingkan dengan warna lain. Berbadan panjang dan berotot. Berat 9-12 lbs.
 
Netherland Dwarf
blacknetherlanddwarf.jpg

Negara asal: Netherlands. Kacukan diantara Polish & arnab liar yang kecil. Pelbagai warna dan corak. "Self", bayangan, "agouti", corak "tan", "fawn", "himalayan", jingga, "steel", "tortoiseshell". Bulu pendik dan padat. Telinga berbulu, tegang dan nampak pendik jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Berat < 2 1/2 lbs. Suka mengigit; tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.


Lilac
lilac.jpg

Kacukan Havana . Mempunyai bidang badan yang kecil tetapi mempunyai daging yang banyak. Daging selepas proses masih tinggi. Mempunyai bulu yang lebat dan seperti sutera dan berwarna merah jambu "dove shade" di seluruh badan. Berat 5 1/2-8 lbs.

Magpie Harlequin
harlequin.jpg

Japanese Harlequin
http://www.jphpk.gov.my/English/blackjapaneseharlequin.jpg
Negara asal: France. Kepala berwarna hitam, Telinga, kaki dan badan berwarna biru, cokelat, ungu lembut. Badan berbelang dengan warna-warna ini dan berselang dengan warna jingga keemasan untuk Japanese dan putih bagi Magpie. Kepala terbahagi dua dengan setiap bahagian berselang warna dan warna telinga berlawan dengan warna kepala. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.


Jersey Wooly
jerseywooly.jpg

Negara asal: New Jersey. Arnab yang kecil yang mempunyai gene kerdil. Badan pendik, padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal 2-3". Berbagai warna. Berat < 3 1/2 lbs


Hotot
hotot1.jpg

Negara asal: Peranchis. Mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendik, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendik dan berbulus. Berat standard 8-11 lbs; berat yang kerdil < 3 lbs. Gambar menunjukkan jenis kerdil Hotot
 
Holland Lop
fawnhollandlop.jpg

Kacukan diantara Dwarf
-French Lop x English Lop. Berbulu pendik, Berotot berat.
Berat < 4 lbs.
Kaki pendik, tebal, lurus dan tulang berat jika dibandingkan dengan saiznya. Baka yang terbaik

English Lop
englishlop1.jpg

Paling popular.
Badan "Mandolin type" .
Telinga sangat panjang dan " lop".
Panjang minima 21"
dan lebar 1/4 dari panjangnya.
Terlampau pandai berkawan.
Berat > 9lbs

French Lop
french_lop_rabbit.jpg

Kacukan antara English Lop & Flemish Giants. Berbadan berat. Besar dan nampak tebal. Telinga berbentuk "hand horse-shoe"; dan panjang sehingga kira-kira 1-1 1/2" dibawah rahang bawah. Berat >10 lbs.


Seal Point Cashmere Lop
sealpointcashmerelop.jpg


Smoke Pearl Cashmere Lop
smokepearlcashmerelop.jpg


Red-eye White Cashmere Lop
redeyewhitecashmerelop.jpg


Black Cashmere Lop
blackcashmerelop.jpg


American Fuzzy Lop
americanfuzzylop1.jpg

Juga dikenali sebagai Cashmere Lop (gambar atas). Kacukan antara Holland Lop & Angora. 19 warna bulu - biru, "chestnut", "chinchilla", "lynx", opal, squirrel, pointed white, blue-eyed white, coklat, ungu lembut, "ruby-eyed white", "sable point", "siamese sable", siamese smoke pearl, tortoise shell (hitam & biru), "fawn", hitan dan jingga. Berbadan pendik, berotot padat. Berwajah bulat spserti bola dan muka yang rata. Tiada tengkuk. Berbulu lebat , halus dan panjang 1-2". Telinga tergantung lurus ke bawah, sehingga 1/2-1" dibawah tulang rahang. Berat 3 1/2-4 lbs.
 
Himalayan
himalayan.jpg

Pembawaan yang jinak. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berwarna cokelat, hitam, biru & ungu lembut di telinga, hidung, ekorl, & kaki. Mata berwarna merah batu delima. Bulu pendik putih dan licin berkilat. Badan panjang dan berbentuk silinder. Berat 2 1/2-4 1/2 lbs.

Havana
havana.jpg

Negara asal: Holland. Warna bulu hitam, biru atau cokelat pekat. Bulu lembut, lebat & menarik dan tidah sederhana panjang. Mata merah delima. Badan bulat dan padat. Jenis pedaging. Haiwan kesayangan yang baik. Berat 4.5-6.5 lbs.

Angora
angora1.jpg

Negara asal: Ankara, Turkey.
4 jenis. English, French, Satin & Giant.
Baka tulin Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima. Serba boleh. Berat > 9 1/2 lbs
dengan bulu yang lembut, halus, "Guard hairs" yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan "guard tip" di celah-celah

Satin Angora
satinangora.jpg

Salah satu baka yang paling cantik tetapi kurang popular diantara Baka Angora . Pengeluar bulu seperti sutera dan berkilat. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.

French Angora
frenchangora1.gif

Besar sedikit,dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English angora. Pengelur bulu yang baik, tetapi kasar .
Telinga mempunyai jambak bulu.Berbagai warna termasuk putih padat dan bercorak. Berat 7 1/2-10 1/2 lbs.
 
English Angora
englishangora2.jpg

Paling comel dan paling popular. Mempesonakan . badut di dalam kumpulannya. Muka dan telinga gebu dan ceria & ini membuat ia seperti "stuffed animals." Berbadan padat, "cobby" dan ini membuat ia serupa bola berbulu. Berbulu panjang & seperti suterar. mata merah pekat delima . Lemah lembut. Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai berkawan dengan manusia. Arnab rumah yang terbaik. Terkecil dari jenis Angora. Berat 5-8 lbs.

Florida White
floridawhite1.jpg

Negara asal: Florida. Kacukan antara Dutch, Polish & New Zealand White. Warna putih tulin. Agak pendik, berbadan bulat. Berat 4-6 lbs.

Flemish Giant
flemish7.jpg

Negara asal: Flanders. Berwarna hitam, "blue, fawn", kelabu cerah, kelabu "sandy", kelabu "dark steel", putih. Berbadan panjang. Rangka berat. Berat 13-14 lbs & lebih

Dutch
lynxdutch.jpg

Negara asal: Holland. Arnab yang bergaya. Warna: hitam, biru, "torte" & cokelat, kuning, kelabu "steel", kelabu perang & kelabu mutiara. Tanda putih yang jelas dan ketara; dada, kaki depan, "blaze" (warna putih di hidung dan misai dan bersambung hingga ke tulang rahang) & tapak kaki berwarna putih. Boleh dijadikan haiwan kesayangan yang terbaik. Berat 3 1/2-5 1/2 lbs. Walaupun bersaiz kecil tetapi banyak daging susuk badan padat. Kehilangan sikit daging selepas proses.

Cinnamon
cinnamon1.jpg

Negara asal: Montana. Kacukan antara New Zealand White-Chinchilla x Checkered Giant-Californian. Warna "rust" atau "cinnamon" dengan warna kelabu asap di belakang dan kelabu di perut. Di bahagian bawah berwarna jingga. Tompok "rust" di bahagian dalam kaki belakang dan tanda seperti rama-rama di hidung dan keliling mata. Berat 8 1/2-11 lbs.
 
American Checkered Giant
americancheckeredgiant.jpg

Negara asal: Germany. Kacukan Flemish Giant . Berat >11 lbs. Warna putih dan bertanda hitam dan biru ( di sepanjang tulang belakang , tompokan di badan , pipi, telinga berwarnas, dan keliling mata dan tanda rama-rama di hidung). Tanda-tanda menyerupai English, kecuali tiada tanda "chain". Berbadan panjang dan berbentuk baik. Berat > 11 lbs

Californian
californian2.jpg

Negara asal: USA. Kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut. Mata merah. Bulu pendik dan licin. Berbadan bulat. Tenang & lemah lembut. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berat 8-10 1/2 lbs.

Silver
blacksilverrabbit.jpg

Negara asal: France. Berwarna kelabu, "fawn" & perang, bulu pendik, berkilat dengan "undercoat" biru perak. Berat 4-7 lbs. Gambar menunjukkan perak kehitaman - paling popular. Haiwan kesayangan yang baik

Belgian
belgianhare.jpg

Negara asal: Flanders, Belgium. Haiwan domestik yang mula-mula menjadi kegilaan . Berbadan panjang, "refined", berbentuk cantik. Kaki dan telinga panjang. Warna latarbelakang merah pekat, " tan" atau "deep chestnut" dengan biru "slate" blue dan border hitam sepanjang badan dan keliling telinga. Bulu kasar. Berat 6- 9 1/2 lbs.

Argente de Creme
argentcreme3.jpg

Negara asal: France. Terkecil dari baka Argente.
Deskripsi terbaik ialah "Orange Silver". Mirip de Champagne. Warna dibawah ialah terang, jingga . Bahagan atas krim putih dan berbulu panjang berwarna jingga. Berat 8-11 lbs.

Argente de Champagne
argentchampagne.jpg

Negara asal: France. Warna perak - warna bahagian bawah biru gelap & bahagian atas biru keputihan dengan hitam. Hitam pekat semasa dilahirkan; bulu puith akan keluar semasa umur kira-kira 4 bulan. Berbadan gempal. Berat kira-kira 9-12 lbs.

American
american.jpg

Berwarna biru dan putih. Berbadan "mandolin-typed" melengkung sedikit dan meruncing di bahagian bahu. Berat 9-12 lbs.

Alaska
alaskarabbit.jpg

Negara asal: Germany. Kacukan Argente & Himalayan. Berat 6-8 1/2 lbs. Gemuk pendik. Tengkuk tak berapa nampak. Bulu hitam dan berkilat, & "matt" di perut. Mata perang gelap & kuku kaki yang gelap.
 
lepas paste info ni..seperti dah dapat tahu aku minat arnab yg mana huhuhu
 
Back
Top
Log in Register