Vienna white
Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna - Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, & cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.
Beveren
Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru "lavender", putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya. Badan jenis "Mandolin " . Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.
Tan
Negara asal: Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.
Silver Fox
Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.
Silver Marten
Dikenali sebagai "Silver Fox" di England. (tidak sama dengan "Silver Fox" di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.