BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternakan Arnab

aper kata ternak arnab byk2, pastu buat produk sendiri, contoh mcm daging burger ker, arnab sejuk beku ker.. satay segera ker.. tapi kalau arnab sejuk beku tu, saya rase org susah skit nam mkn.. faham2 la...
 



kasik panas sket:)):))

hehehhee, cukup2 panas..

tapikan tuan tanah.. kalau nak buat komersilkan daging arnab, baka pedaging cukup2 berbaloi... braper yerk harga daging arnab sekilo kat pasaran sekarang nie???
 
Ok..soalan aku ialah
1.Arnab ni mengawan berapa kali sebulan?
 
aper kata ternak arnab byk2, pastu buat produk sendiri, contoh mcm daging burger ker, arnab sejuk beku ker.. satay segera ker.. tapi kalau arnab sejuk beku tu, saya rase org susah skit nam mkn.. faham2 la...

bkn takde yg buat tp mentaliti org kita yg tak blh terima arnab sebagai alternatif daging selain ayam dan daging lembu.

Ramai penternak arnab pedaging sdg dlm proses develop market utk daging arnab dgn bantuan dr agensi kerajaan.

Cth terdekat ******** (rahsia lagi) :)paid:)paid:)paid
 
Ok..soalan aku ialah
1.Arnab ni mengawan berapa kali sebulan?

klu tak dikawal , sebulan blh beratus kali :D

tp yg biasa breeder buat hny 2 kali sebulan ....

mlm dan pagi keesokan harinya ....
 
Info ARNAB


* Induk betina arnab akan bunting selama 30-32hari sebelum melahirkan anak yang comel.
* Jika di habitat liarnya, seekor induk betina boleh kembali subur setelah 48jam melahirkan anak.
* Induk jantan boleh menghasilkan sperma setiap 5minit sekali.jadi ini jawapan kepada kenapa playboy menjadikan arnab sebagai logo
* Anak arnab selalunya memerlukan 6-8minggu untuk menyusu, selepas tarikh ini selalunya ia tidak lagi menyusu, proses ini dipanggil proses cerai susu.
* Jangan beli anak arnab dibawah usia 2bulan, pada usia ini anak arnab masih belum melalui proses bercerai susu, banyak nutrien dari susu dan cecal ibunya yg masih belum diperolehi. Kadar kematian anak arnab pada usia ini yg dibeli di kedai haiwan juga tinggi..
* Selalunya seekor ibu arnab boleh melahirkan anak sebanyak 4-5kali selama setahun. Jika setiap kali dia melahirkan anak secara purata hidup sebanyak 5 ekor, seekor ibu arnab berhasil memberi anda 20-30 ekor anak setahun.


p/s : cedok balik dari thread lame :D
 
Kira nafsu arnab ni memang kuatlah ye..

2.Arnab ni boleh dimandikan tak?Sebab ingat nak bela yg comel2 kecik je..nak jaga bulu dia bagi cantik
 
FAKTA LAIN TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam
 
Back
Top
Log in Register