BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternak cacing moden

salam..aku pun berminat..minat je xcukup..usaha kena lebih..aku minat sbb ingat nk amik taik kambing2 aku tu..drp pada aku jual kat org dgn harga murah seguni..baik aku guna untuk biz nih..baja tu pulak leh aku guna untuk projek cili aku tu pulak..betul ke aku nih..?? tolong ler guide yer..
 
Wormer said:
satu perkara yg aku tak berkenan ngan bab cacing ni ialah harga dia... harga yg tak masuk akal... nak kursus RM450... nak beli cacing pun RM450... takde langsung tanda² keikhlasan untuk membantu sesama umat... semuanya cekek darah... inilah org kita... hari tu dlm MHI TV3, ada sorang penternak tu dgn bangganya berkata harga pasaran cacing kat malaysia ni RM450 sekg dan harga pasaran antarabangsa mencecah sehingga RM800 sekg... pandai le org tua tu nak saiko org... seolah² harga RM450 tu kira murah ler... poooraahh! berikan ler bukti kat mana pasaran antarabangsa tu yg harga dia sampai RM800 sekg tu ? apa yg aku tau harga cacing kat oversea adalah sekitar usd15 - usd30 (lebih kurang RM100) jer sekg... x caya gi ler tgk kat ebay ke atau kat mana² website penternak cacing oversea...
kpd penternak² baru tu... jgn hrp sgt ler nak kaya dgn jual cacing tu... sbb rasanya skit masa lagi pastinya harga cacing ni merudum jatuh bilamana ada insan² penternak yg berhati mulia (dgn niat membantu) mula menjual dgn harga yg jauh lebih murah... mudah²an... Amiiin!!!

Wallahu A'lam

betul tu... sokong 200%
 
Last edited:
Saya ada perancangan utk membuat projek cacing sebagai projek kedua... projek pertama menternak arnab sedang berjalan...

Pada pendapat saya apa saja yg di usahakan mestilah menghasilkan produk lebih dari 3 jenis.. jangan buat satu sahaja... rugi...

MACAM BEST LER PULA TERNAK ARNAB NIE...KAU TERNAK KAT MANA...KALAU DEKAT BOLEH PI USAR...CEPAT BIAK KAN...ARNAB NIE KUAT 'MAIN'...DAH TU TAK KIRA ADIK ABANG KAKAK SEMUA DIBELASAH...TAK SENONOH...

KASI INFO SIKIT BOLEH

:eek: :eek: :eek:
 
sesiapa di kawasan N9 (terutama seremban, rembau, tampin atau melaka), boleh dtg ke tapak penternakan kami kalu nk tengok cara2 kami menternak dan penyediaan medium..
 
betul tu... sokong 200%[/QUOTE

Bagi yang nak menjalankan penternakan nie memang ler bagus jika sabar dan dapat volume yang besar (jumlah cacing akan banyak dalam tempoh yang panjang - dlm setahun)

Cuma tang harga tue, terlampau mahal sangat. Kursus tersebut terlampau mahal berbanding ilmu yg diperolehi. Bagi gua, kursus tue bernilai cuma RM50.00 ajer... (ingat bukan nilai kos tempat penganjuran)... tapi disebabkan sifat dan niat depa nak kaut untung pada kursus, tue yang buat kat hotel dan charge peserta RM450.00...

Sedangkan kandungan / maklumat yang diberi..(jika nak tolong sesama kaum) boleh ajer buat kat dewan orang ramai.. atau mana-mana cawangan pejabat peladang (yang ada dewan).

Setakat nak dengar nak buat bekas cacing, makanan cacing dan jenis cacing = RM 450.00 = cekik darah....

Satu lagi... kita tertipu dengan kosmetik (maksud gua harga cacing yang konon nya mahal RM 400 - RM 600) hakikat nyer.. harga yang depa ambil cuma RM 100 ++ ajer... tapi di WAR - WAR kan mahal sampai cecah RM600.00...

Tah-tah depa ambik dari peserta ngan harga RM 100++ pas tue, tolak pada peserta baru yang perlukan iduk dengan harga RM450.00... aduhai.. sape untung???/ lu pikir la sendiri......
 
Last edited:
kongsi pendapat

Assalamualaikum..
Kepada sahabat2 yg ingin memulakan ternakan cacing,, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg tak seberapa ini.
Sepengetahuan saya di negara kita sekarang ini sekarang ada menpunyai dua sistem ternakan cacing.
1. Ternakan Cacing Kompos (baja)
2. Ternakan Cacing Organik (kosmetik & ubat)
Sebenarnya yang membezakan antara cacing2 itu sendiri bukan dari spesis cacingnya, tetapi dari sistem ternakan. Setiap sistem ternakan mempunyai kelebihan masing2.
Kelebihan sistem kompos penghasilan baja kompos yang banyak dan mudah, jadi ianya cepat menghasilkan pulangan kepada penternak. Tetapi juga ada kelemahan iaitu dari segi pembiakan cacing akan menjadi perlahan dan ada kemungkinan jumlah cacing akan menurun jika tidak berhati-hati tentang penyediaan media ( najis / habuk kayu). Dari nilai perubatan dan kosmetik pula ianya akan menurun kerana cacing ini perlu dicincang dan dicuci dalamannya hingga bersih utk membuang unsur2 najis lembu@kambing baru boleh digunakan utk tujuan kosmetik dan perubatan. Contoh, dari 1kg cacing kita hanya boleh dapat gunakan dalam 100-200 gram sahaja jika utk diproses perubatan & kosmetik. Penurunan 80-90% dari berat asal.
Kelebihan sistem organik pula adalah berlawanan dengan sistem kompos.Pembiakan dan tumbesarannya adalah lebih baik. Mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan dan kosmetik, cacing ini tidak perlu dicincang dan dicuci dalamannya kerana pemakanannya adalah hanya sayur dan buah (tiada penggunaan najis) hanya perlu dipuasakan 3-4 hari sahaja.Dari 1kg kita boleh guna semua 1 kg utk diproses menjadi bahan ubatan dan kosmetik penggunaan 100%. Dari segi baja kompos pula sistem ini memerlukan sistem tambahan untuk mendapatkan baja yang sama seperti sistem kompos.
Apa juga sistem yg kita guna adalah untuk menddapatkan keuntungan dari cacing kita..Gunakanlah cacing semaksima mungkin..
Saya juga baru dalam bidang ini, tetapi saya banyak membuat kajian dalam memajukan sistem pembiakan cacing bersama seorang penternak yang boleh dikatakan pakar dalam bidang ini dan juga antara penternak terawal di Malaysia...Insyaallah pihak kami akan mengeluarkan beberapa produk dari cacing nanti..mungkin bulan julai 2008.Salah silap harap dimaafkan, wassalam...

suhaimi harun
0127341856
 
Sebenarnya brp modal nak wat penternakan cacing ni? Aku dh cuba wat experiment bela lintah tp leceh le dan hidup dlm ketakutan (takut lintah terlepas)
 
:o kepada yang berminat nak mulakan ternak cacing boleh share idea ngan aku,sekarang ni dah siap tempat ternak cuma nak mula masuk cacing jer...~X(
Salam...saudara...saya turut berminat menternak cacing ni tapi masih mengumpul maklumat.Banyak lagi yg perlu belajar.harap saudara dan rakan rakan yg lain sudi berkongsi ilmu.Kesudian saudara saudara sekelian saya dahului dgn ucapan terima kasih.
 
sesiapa di kawasan N9 (terutama seremban, rembau, tampin atau melaka), boleh dtg ke tapak penternakan kami kalu nk tengok cara2 kami menternak dan penyediaan medium..

boleh saya tau saudara di mana dan sistem yg saudara gunakan sekarang?Bagaimana nak hubungi saudara ya?
 
Back
Top
Log in Register