BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pentas konsert Madonna runtuh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MARSEILLE 17 Julai - Seorang pekerja Britain mati di hospital akibat kecederaan teruk apabila pentas yang dibina untuk konsert Madonna di bandar pelabuhan Perancis di sini hari ini runtuh.

Menurut seorang pegawai hospital, mangsa ialah seorang lelaki Britain berumur 32 tahun yang diletakkan di wad jagaan rapi di Marseille sejak insiden runtuhan itu, semalam.

Sebelum ini, seorang pekerja Perancis terbunuh di tempat kejadian apabila pentas gergasi yang dalam pembinaan itu runtuh.

Lapan lagi pekerja lain turut mengalami kecederaan dan lima daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Bintang Pop Amerika Syarikat, Madonna dijadual mengadakan konsert di Marseille pada 19 Julai ini, tetapi telah dibatalkan ekoran insiden itu.

Madonna yang berada di Itali ketika itu menyatakan dia amat terkejut mendengar berita tersebut.

Sementera itu, pihak berkuasa Marseille berkata, semua mangsa runtuhan adalah pekerja syarikat Live Nation yang sedang membuat persiapan untuk konsert Madonna. - Reuters
 
takde buat upacara potong kambeng kot.
puaka marah.
cemplos dah takde. kalau cemplos ada, dia leh settle
 
pentas runtuh takda gambo kalau stadium runtuh ada lah ... :D
 
mesti fobia pas nih madonna nk wat konsert... terkinja2 atas pentas tetiba runtuh.. yehaaaaa:))
 
Back
Top
Log in Register