ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
WASHINGTON 24 Mac – Pentagon menafikan nama, gambar, dan alamat 100 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan dalam talian oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Penggodam yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), dicuri daripada fail sulit kerajaan, kata Setiausaha Pertahanan, Ash Carter, semalam.
Jabatan Pertahanan AS telah memaklumkan kepada 100 askar terbabit tentang ancaman itu selepas nama, alamat dan gambar mereka disiarkan di Internet oleh kumpulan itu.
Pentagon mengutamakan keselamatan rakyatnya dan pendedahan oleh IS itu merupakan satu perbuatan yang teruk, sekali gus mendorong AS untuk menghapuskan mereka, katanya pada satu sidang media di Camp David, semalam sebagai mengulas tentang senarai nama itu yang disiarkan dalam Internet pada hujung minggu lalu.
Carter ditanya tentang perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani tentang masa depan Afghanistan. Beliau mengiringi Setiausaha Negara AS, John Kerry mengadakan pertemuan dengan Ashraf dan Ketua Eksekutif, Abdullah Abdullah.
Kumpulan penggodam terbabit menyarankan supaya 100 individu itu dibunuh oleh penyokong mereka dari dalam AS.
“Maklumat yang disiarkan oleh ISIL itu diambil daripada laman-laman sosial dan ia boleh diperolehi secara terbuka.
“Ia tidak dicuri daripada mana-mana laman web (Jabatan Pertahanan) atau mana-mana-mana pangkalan data sulit kerajaan,” tambah Carter.
Jurucakap Pentagon, Komander Tentera Laut William Urban berkata, tentera darat, laut dan udara serta marin mula memaklumkan kepada 100 anggota tentera terbabit bahawa data peribadi mereka telah disiarkan di atas talian.
“Keselamatan mereka adalah keutamaan kami. Kami melihat semua ancaman terhadap anggota kami sebagai perkara serius, katanya.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat ancaman ke atas anggota keselamatan terbabit, ujarnya.
Seorang jurucakap Pentagon, Kol. Steve Warren berkata, anggota tentera terbabit juga telah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk mengawal keselamatan kata-kata laluan mereka semasa mereka menggunakan media sosial. – AFP