BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pensyarah trauma rumah sering dirompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Tasek Gelugor: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) buntu dan trauma setiap kali hendak meninggalkan rumahnya dekat Kampung Lahar Tambun, di sini.

Ini kerana rumahnya sudah lapan kali dipecah masuk pencuri dalam tempoh 10 tahun dengan kes terbaharu berlaku pada Selasa minggu lalu.

Dr Amir Shah Ruddin Md Sah, 45, berkata dia sudah berbelanja besar dengan melakukan pelbagai langkah keselamatan, termasuk memasang pagar dan tembok sekeliling rumah, selain memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

“Semua tingkap dan pintu rumah saya dipasang jeriji besi. Saya juga memagar sekeliling rumah dan memasang CCTV, namun ia seperti tiada kesan,” katanya., di sini, semalam.

Katanya, beliau bersama isteri serta tiga anak mereka menetap di rumah berkenaan sejak tahun 2004 dengan kejadian pertama pecah masuk berlaku pada tahun 2005.

“Pencuri seolah-olah memerhatikan gerak geri kami dan mereka masuk ketika saya dan isteri keluar bekerja atau waktu kami bercuti di kampung.

“Saya kecewa kejadian ini terus berlaku walaupun aduan dibuat setiap kali pencerobohan berlaku, selain jarak rumah saya dengan Balai Polis Tasek Gelugor, hanya kira-kira satu kilometer,” katanya.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pensyarahtraumarumahseringdirompak/Article/index_html
 
8 kali dlm 10tahun? wow....perompak y same ke?
 
dah ada cctv.. tgk pencuri tu invididu atau berkumpulan..

minta jiran2 tolong tgk2 kan rumah.
 
Teknologi kdg2 xmampu nak lawan kaedah konservatif. Rajin2 la bersosial dgn jiran dan rajin2 kan la berjemaah dsurau berdekatan
 
cuba tepek pic rumah dia camna. kat tmn aku ni pun ada rumah cantik berkereta mewah yg dok kena pecah rumah walaupun dia dah pasang ADT; orgnya pensyarah jugak ;)
 
Pencuri kalo dia dh berjaya masuk rumah tu dia akn masuk berulang-ulang kali
 
Back
Top
Log in Register