BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penoreh terbeban GST

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu terus mendapat kritikan dan sindiran pelbagai pihak, termasuk daripada Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang menggelar GST sebagai Getah Susu Takdok (tiada).

GST digelar sedemikian rupa kerana dianggap seiring dengan situasi yang berlaku sekarang khususnya melibatkan golongan penoreh getah.

Azman berkata, rakyat terutama penoreh getah bukan sahaja terbeban dengan kenaikan harga barangan, malah terpaksa berhadapan dengan keadaan susu getah yang semakin berkurang akibat musim luruh.

"Daun getah yang banyak luruh tak boleh guna untuk buat beli beras, beli gula dan belanja anak sekolah.

"Maklumat daripada kawan yang kerja beli 'pok' getah (getah sekerap), musim daun luruh seperti sekarang, 'pok' getah akan jadi lebih ringan daripada biasa. Sudahlah harganya sekitar RM2 sahaja sekilo.

"Kalau kerja NGO (noreh getah orang) lagi parah. RM2 kena bahagi dua pula dengan tuan punya kebun. Dapatlah RM1 seorang," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Azman turut membayangkan kesukaran penoreh getah tanpa punca pendapatan utama dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Justeru, beliau meminta supaya pemimpin atasan lebih prihatin untuk mengatasi masalah dihadapi penoreh getah itu.

"Bila pokok getah mula keluar pucuk baru, lagilah getah tak keluar susu. Biasanya pada Jun, barulah getah akan keluarkan susu seperti sedia kala, sedangkan pokok getah dah mula mogok susu dari pertengahan Mac lagi. Dua bulan lebih penoreh getah hidup tanpa punca pendapatan utama," katanya.
 
Bukan penoreh getah je yang terbeban, semua org kat Malaysia ni pun terbeban.. huhu..
 
masa penoreh getah dpt harga getah rm13 sekilo xde pula nak nyalak.....boedo
 
golongan penyokong kuat dan terbanyak bn
 
masa penoreh getah dpt harga getah rm13 sekilo xde pula nak nyalak.....boedo

masa tu GST X di laksanakan lagi....cer skrg sekilo rm15..gst 50% PUN PENOREH SENYUM NAK BAYAQ...:">:">:">
 
masa penoreh getah dpt harga getah rm13 sekilo xde pula nak nyalak.....boedo

bro...... harga tertinggi yang penoreh dapat dalam RM7.xx sekilo sahaja... itupon tahun 2009( kalau x silap saya)... Mana ada dapat rm 13... Rm 13 adalah harga jualan kilang(getah yang telah di proses)
 
Back
Top
Log in Register