BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjara tanpa 'mata'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal0


KAJANG: Semua 33 penjara dan dan 13 pusat pemulihan di seluruh negara tidak mempunyai mesin pengimbas badan untuk mengesan penyeludupan barang larangan. Selain itu, hanya 17 penjara dilengkapi sistem keselamatan elektronik bersepadu (SKEB), termasuk kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mengaku ketiadaan kelengkapan itu menyukarkan Jabatan Penjara membuat pemantauan dan pengawasan lebih berkesan bagi membanteras penyeludupan barang larangan, termasuk dadah.

“Ia satu keperluan yang mendesak untuk jabatan menambah baik langkah menangani masalah penyeludupan barang larangan,” katanya kepada BH semalam.

Beliau ditemui selepas mesyuarat khas Jabatan Penjara berikutan pendedahan akhbar ini Ahad lalu mengenai penyeludupan dadah serta barang larangan lain yang membabitkan banduan, warden dan polis. Selain kegunaan sendiri, dadah yang diseludup dijual di kalangan banduan.

Warden dan polis terbabit dikatakan menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barangan yang dijual, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu boleh meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya sudah mengemukakan belanjawan pembelian kelengkapan teknologi, terutama mesin pengimbas yang setiap satu bernilai lebih RM1 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini.

“SKEB dan mesin pengimbas membantu langkah pencegahan, pemantauan dan kawalan lebih menyeluruh di penjara. Setiap penjara memerlukan satu hingga dua mesin pengimbas bagi meningkatkan kecekapan.

“Kita juga mencadangkan lebih banyak CCTV dipasang di lokasi berisiko, terutama bilik kuarantin, sel berisiko dan pintu masuk penjara,” katanya.

Mengenai mesyuarat semalam, Zulkifli berkata, ia bagi membincangkan langkah penambahbaikan memperkukuh pencegahan dan pemantauan di semua penjara.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012070405240820120704052408/Article/artikel
 
polis rasuah, pegawai penjara rasuah, kdn rasuah.

Semua main rasuah...

Ramai rakyat tau akan wujudnya rasuah ini...tetapi rakyat setakat boleh menuding jari sahaja kerana tiada bukti..

Kekadang ada bukti pun, seolah2 tiada tindakan boleh diambil...mungkin untuk kepentingan politik..

Pernah dengar...kalau diambil tindakan terhadap pesabit kesalahan, pesabit kesalahan akan mengugut untuk memburuk2kan reputasi dan parti politik..

Itulah lumrah politik negara kita..tiadanya keikhlasan...
 
Last edited:
kalau ada mesin scanner tu pun, kalau dah orangnya rasuah tak jadi apa.

kowtim dengan tukang scan, sebelum scan kasi dadah kat tukang scan, lepas scan, ambil balik.

macam nak kejar perolehan je ni...



lagi pun, bukannya scanning x-ray ni jadi isu hak asasi?
 
hrbat mana pun machine... jika otak penipu... mmg xleh blah...
 
masyuk la kroni yg dpt tender pasang CCTV tu. ada cctv pun x guna jgk kalau tukang jaga recorder tu suka2 hati pegi padam rakaman
 
rasuah dah seperti makan nasi
x boleh makan nasi sehari..mesti rasa nak mati..
 
Back
Top
Log in Register