DenyMyExistenc3
Fun Poster
- Messages
- 613
- Joined
- Aug 6, 2008
- Messages
- 613
- Reaction score
- 100
- Points
- 23
Anda semua boleh menilai sendiri betapa mereka memanipulasikan fakta. Dua keyataan yang berbeza. Saya sangat kasihan. Sudah lah data yang di paparkan itu salah. Mereka juga kata masa Anwar jadi menteri kewangan deficit tak ada. Malahada surplus lagi. Tapi yang peliknya, masa anwar jadi menteri kewangan tu, siapa yang jadi perdana menteri? Adakah Anwar pernah jadi perdana menteri? Sekali pon dia jadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri, dia kena ikut cakap siapa? Dia nak buat sesuatu pun dia kena bincang dengan ketua dia. Dan ketua dia pada masa tu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Jadi sudah tentu lah dia kena bincang dengan Tun. Ini baru kita boleh kata “ lembu punya susu,sapi dapat nama”.. jadi saya tak bangga pon kalau zaman Anwar jadi menteri kewangansemuanya ok sebab beberapa perkara:-
1. Masa dia anwar jadi menteri kewangan, Tun jadi perdana menteri. Sudah tentu lah buah fikiran di kongsi bersama dan umum semua tahu buah fikiran tu tersangatlah bernas dan berfaedah. Dan umum tahu Anwar belajar ekonomi dari Tun dan yang lain-lain.
2. Anwar jadi menteri kewangan sebelum krisis kewangan asia pada tahun 1998. Malah pada tahun 1996, kerajaan mengalami defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran RM12.3 billion manakala pada tahun 1997,deficit akaun semasa kerajaan meningkat sebanyak RM1.1 billion dan menjadikan jumlahnya RM13.4 billion. Inimenunjukkan bahawa Malaysia telah terkena kesan negative dari krisis kewangan pada suku keempat tahun 1997.Pada masa tersebut, pertumbuhan permintaan dalam negeri menjadi rendah dan kejatuhan harga saham
3. Pencapaian ekonomi Negara masa anwar jadi menteri kewangan 15 tahun dahulu tak boleh di bandingkan dengan zaman sekarang kerana cabaran yang di hadapi sekarang sangat berbeza. Masa zaman anwar kebanyakkan negara mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik kerana tidak berhadapan dengan krisis ekonomi global sekarang ini. Pada masa anwar jadi menteri kewangan, pada zaman itu tiada siapa yang bercakap mengenai ekonomi kreatif, inovasi dan pengurusan nilai seperti yang berlaku sekarang. Krisis ekonomi pada masa sekarang jauh lebih teruk dari krisis ekonomi pada tahun 1933.
4. Kalau nak di bandingkan pertumbuhan ekonomi kita dengan eropah, UK dan USA pada masa sekarang ini, kita jauh lebih laju meninggalkan mereka. Malah IMF sendiri memuji Negara kitakerana pandai urus tadbir ekonomi.
Deficit bajet Negara berlaku akibat kerajaan mengambil peranan utama daripada sector swasta dalam usaha untukmerangsang ekonomi dan memulihkan keyakinan rakyat serta pelabur semasa waktu sukar. Bajet deficit berlaku apabila pertumbuhan ekonomi menjadi lembap dan sector swasta pula mengundur sebab tak berkeupayaan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan dalam masa yang sama kemelesetan jauh lebih teruk dari itu, makamodel ini di cabar dengan kerajaan perlu memainkan peranan yang di lihatmelalui polisi-polisi fiscal untuk menentukan pertumbuhan ekonomi tidakterjejas. Mengenai dakwaan pembangkang yang telah membuat gamba rajah seperti yang saya sertakan, saya nak tanya kepada pihak pembangkang, betul atau tidak carta yang mereka buat tu? Atau hanya sekadar rekaan? Di sini saya sertakan graf saya untuk menongkah dakwaan pihak pembangkang.
Anda semua bandingkan data seperti yang pihak pembangkang keluarkan dengan data yang telah saya sertakan. data ini saya ambil dari BNM. Saya scan dan saya paparkan di sini. Anda lihat dan nilai antara kedua-dua data ini. Dalam data yang di sediakan oleh pihak pembangkang, dia tulis latest deficit ialah 5.3% sedangkan pada masa sekarang deficit ialah 4.5%. Pada tahun 2013 ini kerajaan mengunjurkan deficit akan menurun kepada 4%. Spin lagi jangan tak spin.. dan dalam data mereka buat tu juga tunjuk deficit pernah naik jadi 7.4% pada tahun 2010. Anda semua tengok padagraf yang telah saya sertakan. ada atau tidak graft u tunjuk lebih dari 7%? Paling tinggi pon 6.7%. jadi anda semua nilai lah sendiri.
Hye All. I'm Dr. Addin. Penulis artikel ini. Mengenai hutang negara 53.5%, kerajaan mempunyai dasar iaitu menetapkan hutang negara mestilah tidak melebihi 55% daripada KDNK. Sejak 1970-an lagi, pengurusan defisit negara amat baik.
Tidak pernah sesekali default atau tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik hutang. Pada 1980-an, pertumbuhan ekonomi negara juga bagus. Masih ada defisit waktu itu tetapi pertumbuhan negara terus meningkat. Maka dari 1971 hingga 1980-an menerusi polisi yang dipraktiskan, bajet defisit terus berjalan seiring dengan dasar-dasar serta projek-projek untuk menjana ekonomi meningkat sehinggakan negara berjaya mencapai dua digit pertumbuhan 10 dan 11 peratus pada 70-an.
Sebenarnya tidak perlu kita risau hutang dalaman 53.7 peratus itu kerana yang penting pinjaman itu dari dalam negara. Kalau kita pinjam dalam mata wang sendiri, kita tidak mungkin bankrap. Yang penting ialah keupayaan untuk membayar balik, ada pertumbuhan ekonomi dan pinjaman itu adalah dalaman.
Dalam hal ini, kita tidak berhutang daripada pihak luar tetapi melalui contohnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan beberapa lagi yang membeli bon yang dikeluarkan kerajaan. Falsafah negara kita tentang defisit bajet ialah dalam keadaan susah kita harus berbelanja lebih sedikit untuk membawa keyakinan terhadap sistem ekonomi kita. Unjuran defisit 4.5 peratus daripada KDNK masih berada dalam lingkungan tahap normal.
Apa yang dilihat sebagai keutamaan adalah trend, yang mana kini menunjukkan penurunan kadar hutang sekaligus menandakan perkembangan positif dalam perkembangan ekonomi negara. Kerajaan memberi tumpuan kepada mengurangkan bajet defisit dalam Bajet 2013. Kerajaan akan cuba turunkan dalam setahun dua ini ke peringkat 3 peratus. Jadi belanjawan juga harus melihat kepada perkara ini yang mana ia boleh mengurangkan lagi bajet defisit . Kata kunci yang penting adalah trend kita naik atau turun.
Tapi trend nampak menurun. Itu bagus sebab perkara macam ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang cepat. Kalau kita mengurangkan sangat aspek perbelanjaan, ia juga tidak membantu mengembangkan ekonomi. Terdapat beberapa strategi yang boleh di ambil oleh kerajaan bagi menangani beban hutang awam. Sebenarnya, satu cara adalah dengan perbelanjaan berhemah.
Itu sebab kita buat projek atau aktiviti ekonomi yang pertamanya mendatangkan hasil, keduanya berbelanja secara berhemah, dan ketiga laksanakan projek itu secara berkesan. Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu cabang dalam meningkatkan pendapatan negara. Sekiranya program tersebut dilakukan secara terus di peringkat komuniti, impak dan manfaat yang dinikmati golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan lebih menyerlah.
Dalam mencapai misi tersebut juga, kajian menyeluruh terhadap kesan program-program tersebut ke atas dua golongan rakyat tersebut juga perlu dilakukan. Ini sepatutnya area yang patut kita buat kajian dengan mendalam.
Apakah kesan, yang penting impak. Betul ia mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan. tapi impak kepada keseluruhan tu macam mana. Itu saya rasa kena buat kajian mendalam. Kalau ada ETP yang menggalakkan perkembangan ekonomi di peringkat komuniti, itu sebenarnya memberikan impak secara langsung dan berkesan kepada masyarakat terutama di luar bandar.
Tidak pernah sesekali default atau tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik hutang. Pada 1980-an, pertumbuhan ekonomi negara juga bagus. Masih ada defisit waktu itu tetapi pertumbuhan negara terus meningkat. Maka dari 1971 hingga 1980-an menerusi polisi yang dipraktiskan, bajet defisit terus berjalan seiring dengan dasar-dasar serta projek-projek untuk menjana ekonomi meningkat sehinggakan negara berjaya mencapai dua digit pertumbuhan 10 dan 11 peratus pada 70-an.
Sebenarnya tidak perlu kita risau hutang dalaman 53.7 peratus itu kerana yang penting pinjaman itu dari dalam negara. Kalau kita pinjam dalam mata wang sendiri, kita tidak mungkin bankrap. Yang penting ialah keupayaan untuk membayar balik, ada pertumbuhan ekonomi dan pinjaman itu adalah dalaman.
Dalam hal ini, kita tidak berhutang daripada pihak luar tetapi melalui contohnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan beberapa lagi yang membeli bon yang dikeluarkan kerajaan. Falsafah negara kita tentang defisit bajet ialah dalam keadaan susah kita harus berbelanja lebih sedikit untuk membawa keyakinan terhadap sistem ekonomi kita. Unjuran defisit 4.5 peratus daripada KDNK masih berada dalam lingkungan tahap normal.
Apa yang dilihat sebagai keutamaan adalah trend, yang mana kini menunjukkan penurunan kadar hutang sekaligus menandakan perkembangan positif dalam perkembangan ekonomi negara. Kerajaan memberi tumpuan kepada mengurangkan bajet defisit dalam Bajet 2013. Kerajaan akan cuba turunkan dalam setahun dua ini ke peringkat 3 peratus. Jadi belanjawan juga harus melihat kepada perkara ini yang mana ia boleh mengurangkan lagi bajet defisit . Kata kunci yang penting adalah trend kita naik atau turun.
Tapi trend nampak menurun. Itu bagus sebab perkara macam ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang cepat. Kalau kita mengurangkan sangat aspek perbelanjaan, ia juga tidak membantu mengembangkan ekonomi. Terdapat beberapa strategi yang boleh di ambil oleh kerajaan bagi menangani beban hutang awam. Sebenarnya, satu cara adalah dengan perbelanjaan berhemah.
Itu sebab kita buat projek atau aktiviti ekonomi yang pertamanya mendatangkan hasil, keduanya berbelanja secara berhemah, dan ketiga laksanakan projek itu secara berkesan. Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu cabang dalam meningkatkan pendapatan negara. Sekiranya program tersebut dilakukan secara terus di peringkat komuniti, impak dan manfaat yang dinikmati golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan lebih menyerlah.
Dalam mencapai misi tersebut juga, kajian menyeluruh terhadap kesan program-program tersebut ke atas dua golongan rakyat tersebut juga perlu dilakukan. Ini sepatutnya area yang patut kita buat kajian dengan mendalam.
Apakah kesan, yang penting impak. Betul ia mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan. tapi impak kepada keseluruhan tu macam mana. Itu saya rasa kena buat kajian mendalam. Kalau ada ETP yang menggalakkan perkembangan ekonomi di peringkat komuniti, itu sebenarnya memberikan impak secara langsung dan berkesan kepada masyarakat terutama di luar bandar.
Sebelum kita nak blame mana-mana pihak khususnya jika mau bercakap pasal hutang negara...boleh sahaja tapi tolong beri maklumat yg betul dan telus.Sebelum nak bercakap pasal hutang negara...kena asingkan hutang ini kepada dua...INTERNAL DEBT vs EXTERNAL DEBT.Utk makluman,Jepun yg punya hutang negara 200% dr KDNK mrka,masih dianggap stabil...mengapa bgni?Krna itu jika nak bercakap pasal hutang negara ni,study dulu yg mana INTERNAL DEBT dan yg mana EXTERNAL DEBT.Usah kita tonjolkan sikpa ketidakcerdikan kita pada ramai org hanya gara-gara mau berkempen.Greece yg punya hutang negara 80% shja dr KDNK sdh menghampiri bankrap...pasal apa?Pasal majoriti hutang negara itu dtg dr EXTERNAL DEBT.Skrg lihat graf kanan statistik bgimana baiknya pengurusan kerajaan dlm menangani EXTERNAL DEBT.Nak nmpk lagi cantik,ambil hutang besar EXTERNAL DEBT dan tahun,cari average nilai matawang dlm tahun itu dan compare dgn hutang besar EXTERNAL DEBT tahun lain,cari average nilai matawang tahun itu dan sila buat comparison.Nak sampai maklumat pada org ramai,biar lah adil dan saksama.Jadi sila asingkan dr angka 546,015 tu INTERNAL DEBT brapa dan EXTERNAL DEBT nya pula brapa?
Sekian Terima Kasih.
Sekian Terima Kasih.
sumber
UPDATED
masalahnya aku meragui statistik diberi...
tajuk tak ada, yang ada cuma nombor.
nombor apa?
peratusan apa?
tak banyak negara yang hutang dia lebih dari 100%.
50%-55% tu adalah standard... rule of thumb.
hanya dalam krisis kewangan sekarang ni je banyak negara tiba-tiba meningkat peratusan national debt vs gdp.
kalau dah banyak sangat yang lebih 200% itu nombor auta!
Berdasarkan post saudara, hutang negara ketika ini berada pada paras tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ya, saya akui. Tetapi, jumlah fakta yang saudara Pendek keluarkan adalah FAKTA yang ketinggalan zaman kerana jumlah hutang negara kita sudah kembali di bawah paras 500 Billion. Rujuk laman: http://www.nationaldebtclocks.org/ , di mana hutang negara kita telah kembali ke bawah paras 500 billion.
Untuk berbicara mengenai soal hutang negara, kita harus faham mengenai asas ekonomi. Ada tiga unit ekonomi, iaitu Isi Rumah, Firma dan Kerajaan. Kita harus faham di mana setiap unit ekonomi mempunyai fungsi dan cara serta sistem bekerja yang lain. Tanggapan umum mengatakan bahawa isi rumah dan kerajaan mempunyai fungsi dan sistem bekerja yang sama sebenarnyalah yang terus melabelkan bahawa kerajaan akan bankrap jika melihat kepada jumlah hutang negara. Ini ialah tanggapan yang harus dibetulkan sebenarnya.
Sebelum kita bercakap mengenai hutang, izinkan saya terlebih dahulu membahagikan hutang negara kepada dua kategori yang perlu admin Pendek tahu, iaitu "Internal Debt" dan juga "External Debt". Benda dua inilah yang memainkan peranan yang sangat penting untuk meletekkan negara kita di kancah bahaya atau tidak. Ingat ya?
Antara hutang dalam negara dan hutang luar negara, kita harus tahu bahawa yang bahayanya ialah hutang luar negara. Tetapi kenapa hutang dalam negari ini tidak berbahaya? Jawapannya akan saya ulas ketika pertengahan artikel ini. Cukuplah kita tahu bahawa hutang luar negar aitu bahaya. Untuk data terbaru, hanya 4 peratus daripada hutang negara kita merupakan "External Debt" di mana melibatkan wang sebanyak 18 billion.
Kenapa kita meminjam? Pinjaman yang dibuat oleh kerajaan digunakan untuk tujuan pembangunan yang dapat menghasilkan kesan berganda bagi memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan perlu meminjam bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan.
Ya sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami pebningkatan hutang yang mendadak. Kita kena ingat sebab di sebalik peningkatan yang mendadak ini. Krisis kewangan dunia pada tahun 2008 (untuk penjelasan lanjut mengenai krisis tersebut, rujuk artikel AFDS: https://www.facebook.com/notes/saya...lam-pembentukan-ekonomi-dunia/485362471535568) yang menjadi penyebabnya. Malaysia terpaksa berhutang untuk menyuntik dana ke dalam ekonomi negara. Kita kena ingat hutang dalam negera ini dibuat berdasarkan strategi dan perkembangan yang kukuh. Kita ada Tan Sri Zetty Aziz, gabenor bank terbaik dunia bersama kita!
Kita kena ingat bahawa sistem unit ekonomi kerajaan bekerja bukan seperti isi rumah di mana kerajaan tidak mempunyai jangka hayat seperti isi rumah. Ya, isi rumah harus melunaskan hutang mereka. Jadi, di sini sudah menjadi bukti di mana hutang-hutang ini tidak mempunyai keutamaan yang perlu di bayar. Bahkan terdapat kerajaan di dunia yang mengambil kesempatan dengan fakta ini dengan menerbitkan bon 999 tahun.
Sekejap... apa itu bon? Penerangan ringkasnya, bon kerajaan merupakan bon yang dikeluarkan oleh sesebuah kerajaan dengan janji untuk melunaskan sesuatu hutang pada jangka masa tertentu dengan bayaran faedah berkala. Dalam erti kata lain, bon merupakan pelaburan hutang yang dikeluarkan oleh pelabur yang meminjamkan hutang kepada kerajaan untuk jangka masa dan kadar faedah yang telah dipersetujui. Inilah yang dilakukan oleh negara Jepun sehinggakan hutang negara mereka mencecah 200 peratus daripada KDNK. Hutang negara Jepun kebanyakan melibatkan kerajaan Jepun dengan agensi dalam negara mereka.
Kalau hutang yang dimiliki oleh kerajaan merupakan hutang dalam negara, maka sudah tentu hutang tersebut antara kerajaan dan badan-badan seperti KWSP, BNM dan sebagainya. Cukai yang diperoleh untuk membayar hutang datang daripada rakyat dan sudah tentu terdapat kitaran, di mana wang tersebut kembali kepada rakyat.
Berhutang dalam negeri juga bermaksud kita berhutang dalam mata wang kita. Di mana kerajaan kita akan mencetak wang daripada Bank Negara Malaysia (BNM), dan di situ adalah suatu yang tidak munasabah apabila kita mengatakan bahawa negara akan bankrap kerana kita berhutang dalam mata wang kita. Kerajaan boleh mencetak wang untuk membayar hutang (tetapi kalau cetak tanpa kawalan boleh menjatuhkan nilai ringgit itu sendiri)
Inilah yang membuatkan Greece bankrap kerana Greece tidak mempunyai matawang sendiri. Ada yang cuba membandingkan Greece dengan Malaysia. harus ingat di mana Greece ialah anggota EU di mana Greece tidak mempunyai kawalan terhadap mata wang negara mereka. Mereka tidak boleh mencetak mata wang negara mereka tanpa merujuk abang besar seperti EU. Berbeza dengan Malaysia di mana Malaysia mengawal mata wang melalui Bank Negara Malaysia. Rujuk statistik Greece, di mana Greece berhutang dengan agensi-agensi luar, bukannya badan di dalam negara mereka. Juga anda kena ingat di mana Greece seringkali default hutang mereka, sedangkan Malaysia langsung tidak mempunyai rekod berbuat begitu.
Definisi ringkas untuk default, in case kalau admin Pendek tidak mengetahuinya bermaksud apabila penghutang tidak membayar hutang menurut kontrak hutangnya kepada pemiuatang yang dikehendakinya. Dan Malaysia langsung tidak mempunyai rekod berbuat berkenaan.
Mengenai external debt atau Hutang Luar Negara, Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada German merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.
Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.
Mengenai dakwaan –Pendek—mengenai hutang negara yang melepasi had yang dibenarkan, saya sarankan hadam kenyataan ini baik-baik ya? Kaji balik Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 di mana akta itu ditetapkan oleh kerajaan sendiri dan boleh berubah menurut keperluan semasa. USA pernah melakukan perkara ini dengan menaikkan had hutang negara mereka, mengubal kembali akta dan perlembagaan negara mereka kerana USA yang paling terkesan dalam krisis ekonomi 2008.
Pendek juga kena ingat, pada tahun 1986, hutang negara Malaysia lebih kurang 100% KDNK dan pada tahun 1987, kita pernah melebihi daripada 100% KDNK negara kita. Kenapa ini tidak pernah disebut oleh –Pendek--? Bukankah ini adalah DALIL utama bahawa kerajaan Malaysia mampu membayar hutang?
Seterusnya, saya tahu dengan mengeluarkan kenyataan hutang Malaysia sangatlah tinggi dan melepasi had cuma datang dengan satu idea sahaja, iaitu mahu menabur persepsi bahawa kerajaan BN sedang membawa Malaysia ke arah kejatuhan dan kebankrapsi. Benarkh? Pendek, meh sini.
Okay, biar saya terangkan kepada anda. Perkara pertama yang akan berlaku jika negara menghadapi bankrap, ramai akan hilang kerja. Untuk pengetahuan anda, ENAM tahun sebelum Spain jatuh ke dalam kancah krisis, mereka sedang menghadapi masalah peluang pekerjaan.
Mereka berjaya mencatatkan masalah pengangguran yang paling sedikit pada Julai/2007, iaitu 7.95%. Itupun berdasarkan catatan mereka, merupakan rekod yang buruk untuk sebuah negara seperti Spain. SETAHUN selepasnya, mereka mencatatkan 10.44%, dan pada hari ini, 27.2%. Ini bermakna, hampir-hampir 13 juta daripada 47 juta rakyat mereka merupakan penganggur.
Tetapi kalau kita tengok dari sudut kadar pengangguran negara kita pula, dalam ENAM tahun, tidak mungkin kita akan mencatatkan kenaikan kerana pelaburan-pelaburan semakin bertambah dan banyak peluang pekerjaan telahpun dijanjikan BN.
Ya pada awalnya, memang kita mencatatkan rekod yang buruk (4.5%), tetapi rekod tersebut adalah rekod terbaik untuk negara yang baru terselamat daripada kancah krisis kewangan, terima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.
Negara kita berjaya catatkan rekod yang hebat (2.7%) pada September/2012. Dan sebelum catatan Mac/2013 dibuat, negara kita mempunyai 3.3% kadar pengangguran. Data terbaru (Mac/2013) telah mencatatkan 3.0% kadar pengangguran.
Tolong beritahu saya, bagaimana sebuah negara yang bakal bankrap dalam masa ENAM tahun lagi, mampu mengekalkan kestabilan peluang pekerjaan? Sebelum itu, jangan beri saya alasan rakyat kita lebih sedikit berbanding rakyat Spain. Saya memberi KADAR PERATUS penganggur, yang sepatutnya sama jika negara kita mengalami krisis. BUKANNYA angka penganggur.
Seterusnya, rizab negara yang disimpan sebenarnya boleh dijadikan modal utama untuk melawan isu hutang yang dibangkitkan oleh mereka. Rizab negara kita mencecah 427 Billion, dan antara yang tertinggi di dunia. Dan di bawah DS Najib juga, kita melihat bagaimana cekapnya ekonomi yang diuruskan oleh pasukan beliau apabila rizab kita mencapai yang tertinggi dalam sejarah! Rizab negara ini sudah cukup untuk menampung hutang negara kita sebenarnya.
Kesimpulannya di sini, --pendek—haruslah membuka mata, dan sebelum bermain dengan isu ekonomi, harus melakukan penyelidikan. Bacalah data-data daripada Bank Negara Malaysia, baca jurnal ekonomi yang berlambak di internet ini daripada universiti terkemuka, baca sumber yang lain bukan daripada harakah atau yang seumpama dengannya.
Pendek, dengar sini, saya ada soalan untuk anda. Saya harap pendek dapat menjawabnya.
1.) Kenapa PR tak pernah membankitkan hutang KDNK negara seperti Jepun setakat ini merupakan 192.60% daripada KDNK? Ikut lojik hujah –PENDEK--, setiap rakyat Jepun harus menangung $87,854 setiap orang.
2.) Kenapa hutang negara kesayangan PR iaitu Singapore boleh mencecah 113.46% di mana setiap rakyat Singapore menangung hutang $58,178 (mengikut lojik hujah –pendek--).
3.) Kenapa negara ini tidak bankrap? Bukankah negara ini lebih maju daripada Malaysia? Bagaiaman hutang mereka boleh tinggi? Kenapa PR tidak mengketengahkan fakta ini kepada umum?
-HE-
Rujukan:
1. http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2011/10/xls/3.1.4.xls (Untuk Data External Debt dan Internal Debt Malaysia
SUMBER
Last edited:
