BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peningkatan CPI 2025 Bukti Ketegasan Reformasi - Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
0ef5f9ad71cc906f336cf89e5a693a4b68c2ab84904f2

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Pencapaian Malaysia yang melonjak ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 membuktikan ketegasan reformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata integriti bukan sekadar slogan, tetapi menjadi asas kepada keyakinan pelabur, pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi dan jambatan ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027-2028.

Saifuddin Nasution berkata penguatkuasaan bersepadu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah berjaya memulihkan RM15.5 bilion hasil negara.

“Sebagai Menteri, saya sering ulang peringatan agar agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri terus komited memperkukuh keselamatan, membanteras jenayah terancang, mematahkan sindiket dan menutup ruang ketirisan.

“Pesanan dan peringatan saya konsisten - setiap sen hasil negara mesti kembali kepada rakyat,” katanya menerusi catatan di laman Facebook.

Menurut laporan CPI 2025 yang dikeluarkan Transparency International semalam, skor Malaysia bagi tahun lepas meningkat kepada 52 mata berbanding 50 dalam penilaian 2024, sekali gus memperbaiki kedudukan negara daripada tangga ke-57 kepada ke-54.

Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura dan Brunei, mengekalkan kedudukan relatifnya di Asia Tenggara sambil mengatasi beberapa negara serantau.

 
Back
Top
Log in Register