BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga tuntut RM8,072 tercicir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


TEMERLOH – Misteri penemuan seikat wang oleh seorang penoreh getah di sini empat hari lalu terjawab apabila seorang peniaga tampil menuntut wang tersebut.

Peniaga terbabit yang enggan dikenali berkata, wang itu tercicir ketika dia dalam perjalanan keluar untuk urusan perniagaan dan disebabkan keadaan kelam kabut, dia meletakkan wang niaganya di atas bumbung kereta.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan wang tersebut apabila tiba di tempat perniagaan kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya anggap duit ini sudah lesap, tetapi nasib baik ditemui seorang hamba ALLAH yang jujur dan pulangkan semula kepada saya,” katanya.

Peniaga tersebut berkata, dia berjaya menjawab dengan tepat jumlah sebenar wang dalam ikatan dan bungkusan plastik merah itu iaitu RM8,072 apabila disoal penoreh getah terbabit.

“Saya juga menjawab dengan tepat beberapa soalan dikemukakan penoreh getah terbabit dalam usahanya memastikan wang itu adalah benar-benar milik saya,” katanya.

Peniaga terbabit berkata, dia mengetahui mengenai penemuan wang tersebut setelah membaca Sinar Harian selepas berbuka puasa kelmarin.

“Saya hanya baca surat khabar lepas buka puasa, sebaik baca cerita pasal penemuan wang ini, saya terus hubungi Ketua Balai Polis Temerloh dan dibawa bertemu penoreh getah ini,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/peniaga-tuntut-rm8-072-tercicir-1.187722
 
sib baik dia ingat jumlah duit tu..
 
Back
Top
Log in Register