BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga terkesan ringgit jatuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Gambar hiasan.​

KEJATUHAN nilai ringgit yang berlaku sejak akhir-akhir ini mengakibatkan peniaga yang menggunakan produk import terpaksa menanggung rugi.

Pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, hal itu menyebabkan peningkatan kos pada bahan mentah yang mana terpaksa diserap bagi tidak membebankan pembeli.

Menurutnya, tahun 2015 sangat mencabar kerana berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu apatah lagi selepas GST dilaksanakan.

"Sejak saya mulakan perniagaan pada 1998, tahun ini (2015) paling terkesan kerana tidak pernah nilai ringgit jatuh seteruk ini.

"Apatah lagi, batu kristal swarovski yang digunakan syarikat kami diimport dari Austria dan harga itu meningkat setiap tahun," katanya.

Haliza berkata, adalah tidak sesuai untuk pihaknya menaikkan harga ketika ini disaat rakyat berdepan dengan pelbagai kenaikan lain.

Sehubungan itu, bagi memastikan kelangsungan perniagaan tudung Bawal Eksklusif itu, Haliza berharap nilai Ringgit Malaysia pulih dalam tempoh terdekat iaitu sebelum Aidilfitri.

Tambah Haliza, jenama Bawal Eksklusif merupakan satu-satunya jenama hijab yang bekerjasama dengan Swarovski sekali gus pemborong terbesar kristal itu di Asia Tenggara.
 
nazri aziz suka ringgit jatuh, lagi besar lagi bagus.
 
Abe Mat Cakap, Ini semuanye berpunca dari Mahadir pun pasal.. sbb tu mata wang jatuh.
 
aku rasa dah 2 bulan aku xambik heli... harga naik dekat 10% terpaksa tunggu usd turun siket baru gi ambik
 
nak naik harga tak boleh kerajaan marah..so terpaksalah menanggung sedikit kerugian yg sepatutnya ianya sebagai keuntungan...
 
bila peniaga terkesan,,,,,pembeli pun ikut terkesan
 
Back
Top
Log in Register