BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga nyaris dipatuk ular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota JPAM Tampin tiba sebaik menerima panggilan kecemasan bagi menangkap ular tedung selar yang masuk ke dalam sebuah kedai bunga berhampiran perhentian bas Tampin. Gambar kecil: Ular tedung selar yang berjaya ditangkap JPAM Tampin.
< 1 / 1 >
TAMPIN – Seorang peniaga kedai bunga di salah sebuah kedai berhampiran perhentian bas Tampin, dekat sini, nyaris dipatuk ular tedung selar dalam kejadian petang Ahad lalu.

Wakil peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Ken, 30-an, berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu amat mengejutkannya lebih-lebih lagi peniaga berkenaan hanya berada kurang setengah meter daripada binatang berbisa berkenaan.

Menurutnya, peniaga berkenaan hanya menyedari terdapat ular berbisa sebaik terdengar bunyi desiran ular berkenaan dan sebaik menoleh ke belakang, dia melihat ular berkenaan sudah tegak berdiri.

“Mangsa terus keluar dari kedai dan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tampin bagi bantuan menangkap binatang berbisa berkenaan kerana ia kelihatan agak agresif.

“Mujur bantuan segera tiba dan binatang berkenaan dapat ditangkap oleh anggota JPAM walaupun berhadapan kesukaran berikutan barangan jualan yang banyak di dalam kedai,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Ken berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau kewujudan kawasan tanaman seperti kebun berhampiran lokasi kedai berkenaan kerana berkemungkinan lokasi itu menjadi tempat binatang berbisa membiak.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyemak terlebih dahulu status lokasi kebun yang dikatakan pengadu sama ada berada di Tampin, Negeri Sembilan ataupun di Tampin, Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, sekiranya lokasi berkenaan di kawasan MDT, pihaknya akan mengambil langkah bersesuaian bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang kembali.
 
uishhhhh...dah tegak berdiri tu...posisi bersedia nak serang.
ular tu ingat kedai bunga ken tu hutan simpan kot :D
 
mana tak ular masuk. bsepah bawah meja. pemalas
 
kecik atau besaq, dgn ulaq mmg aku tak sanggup..
 
Sure tikos punbanyak kt situ...sebab tu ular mai/
 
tedung selar besar,dalam pic ni kecik saja
 
tkt lak sampai ke kedai ular leh sesat..
 
Back
Top
Log in Register