BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga kek terbeban

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Johana melayan pelanggan digerai dalam satu pameran dan jualan di Pusat Dagangan Terengganu.​

KUALA TERENGGANU - Penangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menyebabkan peniaga kek kecil-kecilan di Terengganu mula merasai beban susulan kenaikan pelbagai jenis bahan mentah untuk membuat kek sejak pelaksanaan GST bermula 1 April lalu.

Seorang peniaga kek online, Wan Nur Siti Sarah Wan Muda, 24, berkata, disebabkan berlakunya kenaikan harga bahan mentah, dia terpaksa menaikkan harga sebahagian kek terutamanya yang menggunakan banyak bahan.

"Ada kek yang kekal dengan harga sama seperti 'fruit flan' yang dijual RM6, black forest RM8 manakala kek red velvet dan cheese pula masing-masing, naik dari RM6 menjadi RM7 sebab ada peningkatan harga bahan asasnya.

"Manakala kek coklat moist dan kek red velvet serta beberapa jenis kek lagi yang dihantar ke sekolah-sekolah dalam cawan (cup) kecil masih kekal dengan harga RM1. Sasaran kita, boleh jual murah tetapi dengan kuantiti yang banyak," katanya.


Terpaksa kenakan caj penghantaran

Menurutnya, sebelum ini caj kos penghantaran juga tidak dikenakan, tetapi disebabkan terbeban dengan kenaikan harga bahan asas membuat kek, caj untuk penghantaran terpaksa dikenakan jika kawasan itu melepasi Chendering dan Kedai Buluh.

Seorang lagi peniaga, Zalina Musa, 35, yang juga berniaga secara online berkata, sejak penguatkuasaan GST, tempahan kek diterima daripada pelanggan agak perlahan berbanding sebelum ini, tetapi masih ada pendapatan.

Menurutnya, harga bahan mentah boleh dikatakan naik keseluruhannya kerana kebanyakannya menggunakan bahan mentah import.

"Sebahagian besar proses membuat kek perlu menggunakan bahan import yang sememangnya ada kenaikan harga, jadi harga kek terpaksa dinaikkan sedikit. Tetapi bagi kek biasa dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan, masih kekal dengan harga sama.

"Kita juga memberi pilihan kepada pelanggan yang inginkan kek yang murah atau mahal. Sebagai contoh, cream puff, untuk inti kastad hanya RM30 untuk 50 biji, manakala untuk inti krim pula RM60 untuk 50 biji, jadi pelanggan mempunyai pilihan," katanya.

Zalina dalam masa sama juga menggalakkan pelanggan mengambil sendiri kek yang ditempah di rumahnya, tetapi jika perlu membuat penghantaran, pelanggan akan dikenakan sedikit caj mengikut lokasi dan jarak perjalanan.


Mahu kekal harga sama

Seorang lagi peniaga, Johana Ibrahim, 40, dia setakat ini tidak menaikkan harga kek yang dijual meskipun bahan mentah mengalami kenaikan harga.

"Tetapi kek yang dihantar ke stesen minyak yang sebelum ini hanya RM4 menjadi RM4.30 disebabkan mereka dikenakan GST. Manakala kek yang dijual sendiri tetap harga sama. Setakat ini saya ingin mengekalkan harga tersebut dan tidak akan menaikkan harga.

"Namun sekiranya ingin menghasilkan produk-produk baru dan kos bahan pembuatannya agak tinggi, mungkin akan berlaku kenaikan harga," katanya.
 
Tiada aduan dibuat rakyat tertekan dengan GST. (Menteri pasola)
 
Aik menteri mat maslan kata harga makin turun... Cakap betul2 la sape yg tipu sbnrnya ni
 
kek moist cekelat dulu tupperware besar now dah kecik harga makin naik bekas sudah kecik

yg jual kat petronas
 
maksudnya sejak GST..
bukan saja kenaikan 6% untuk tax tapi ada penambahan harga?
 
kek moist cekelat dulu tupperware besar now dah kecik harga makin naik bekas sudah kecik

yg jual kat petronas

Sugar2daddy..kek moist chocolate tu senang je nak buat...brg2 pun yg ada kat uma je..na resepi? :D
 
maksudnya makcik ni tak register sebagai pelesen le ni..

register la company makcik utk kutip gst..
 
Ahmad Maslan kan bilang turun. apesal pulak naek... mane2 pun makin turun kan... Lagipun CGPA 3.85... takkan salah kira pulak besik matematik jer tu...
 
Back
Top
Log in Register