BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga cekik darah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Antara perkongsian orang ramai di laman sosial yang tidak berpuas hati dengan urus niaga makanan yang dijalankan di Pantai Irama.
BACHOK - Orang ramai yang mengunjungi Pantai Irama disaran bertanyakan terlebih dahulu harga makanan yang ingin dipesan di kedai makan pusat peranginan itu untuk mengelakkan daripada ditipu peniaga.

Ini kerana, terdapat banyak aduan dikongsikan pengguna menerusi media sosial termasuk di Facebook Perantau Bachok mengenai sikap peniaga di pantai berkenaan yang mengambil kesempatan terhadap pengunjung tidak kira pada hari biasa atau cuti hujung minggu.

Ia termasuklah menjual makanan dengan harga mahal serta tidak berkualiti.

Pengunjung, Mohd Khairul Bahri berkata, kelmarin dia nyaris ditipu apabila dikenakan bayaran RM27 untuk empat cucuk makanan ringan, dua air batu campur dan satu minuman ringan.

“Mujurlah saya tanya semula harga setiap makanan yang kami pesan. Mulanya mereka saling mengelak dan tak nak jawab.

“Lama kami tunggu sebelum dia beritahu semula harga setiap satu makanan kami, tetapi jumlahnya hanya RM15... dia lebih caj RM12,” katanya.

Dakwa Mohd Khairul, muka peniaga di kedai tersebut kelihatan tidak puas hati ketika dia bertanya semula mengenai harga makanan yang dipesan.

“Sepatah maaf pun tak diucapkan bila dia pulangkan balik baki duit kami, seolah-olah kami pula yang salah,” katanya yang mendakwa makan di salah satu kedai di belakang restoran makanan segera di pantai berkenaan.

Katanya, dia sekeluarga kali pertama makan di kedai itu memandangkan ketiadaan parkir di kedai biasa yang disinggahnya berdekatan menara Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ini bukan kes pertama yang diadukan kepada Sinar Harian dan semalam juga terdapat perkongsian di Facebook mengenai sate busuk dari medan selera yang dijual kepada pelanggan.

Justeru, bagi memastikan kesahihan perkara ini, pihak berkuasa digesa memantau premis makanan di sekitar pantai berkenaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/peniaga-cekik-darah-1.412426
 
wartawan skang ni dah jadi pemalas yang keterlaluan dah... ambil sumber2 yg di cedok dari facebook jer... pastu publish sebagai bahan berita (sampah)...

di barat, banyak wartawan yg sanggup menyamar utk menyiasat kes2 jenayah tertentu bagi mendapatkan bahan berita yg sahih.. wartawan sinar harian hanya buat statement gini jer??? suruh pihak berkuasa???

Justeru, bagi memastikan kesahihan perkara ini, pihak berkuasa digesa memantau premis makanan di sekitar pantai berkenaan.

stakat nak kesahihan tu, pegi jer jadik pelanggan kat gerai2 tersebut... tak perlu nak menyamar atau mempertaruhkan nyawa pun utk beli abc kat situ...
 
Last edited:
abc tmpt aku rm1.50 pakai cup air singgit tu. kira oklah secukup rasa. ada gerai lain jual rm2.50 tp tak serupa harganya. tawar, bahan sikit, ais tak hancur. 10x lg b'baloi yg rm1.50 tu.
 
dah start nak ambik untung melampau ke ?
 
time balik beraya ramai la kena... peniaga ambik kesempatan.
 
mcm ni la peniaga melayu. suh dtg kira, die bwk pen kertas buat2 tulis. terus ckp rm10

dan2 je genap xde sen sen kan. jilake juga
 
abe ipar kawe beli nasik goreng 10 bukus kena seratus lebih. tok tau la lauk gapo dia mitok.
 
Back
Top
Log in Register