BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengusaha Pusat Karaoke Mati Ditembak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
LUMUT, 28 Okt -- Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke dan kedai dobi mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan dekat sini Khamis malam.

Peniaga berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan dan setakat ini belum ada suspek ditangkap.

"Polis masih menyiasat dan sedang mencari petunjuk kes itu dan tidak mahu siasatan terganggu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu seorang jiran lelaki itu, berkata mangsa dibawa ke hospital oleh seorang lagi jiran yang ternampak beliau terbaring berlumuran darah di hadapan rumah.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kesan luka di beberapa bahagian badan mati di Hospital Seri Manjung.

Kelvin adalah anak bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di sini.

Seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali berkata sebelum mangsa ditemui, beberapa bunyi letupan kedengaran.

"Saya sedang berehat di rumah, kedengaran lima das letupan di hadapan rumah...mulanya saya ingatkan bunyi mercun sempena Deepavali, tapi sangkaan saya meleset apabila mendapati mangsa terbaring di hadapan rumah dengan berlumuran darah," katanya.
 
amek ko mercun depavali
 
maseh rendah berbanding negara jiran
...dan indeks jenayah masih tidak membimbangkan dan terkawal
..murid2 cobe eja..CipaN
 
maseh rendah berbanding negara jiran
...dan indeks jenayah masih tidak membimbangkan dan terkawal
..murid2 cobe eja..CipaN

hehe.. hari2 org kena bunuh, kena cabul.. kena samun... ntah saper igp atau timbalan igp buat statement kata indexs jenayah kita menurun dan masih rendah.
 
pusat karokae bukan sekadar tempat nyanyi2... tapi sarang maksiat... pot kaki maksiat... kaki judi ada, kaki zina ada, kaki rasuah ada... macam2 ada.

jauhilah keturunan anda dari karoake :(scam
 
hehe.. hari2 org kena bunuh, kena cabul.. kena samun... ntah saper igp atau timbalan igp buat statement kata indexs jenayah kita menurun dan masih rendah.
statement standard nak cover line, biasa lah tu...
 
Back
Top
Log in Register