BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurus projek menang RM1 juta

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Tengku Shamsulbhari (empat, kanan) dan Mohd Faizal (empat, kiri) bersama duta Power Root, Fahrin Ahmad (tiga, kiri) dan isteri kepada Mohd Faizal, Rosnina Muhammad Saleh serta lima finalis akhir Power Root, semalam.


"SAYA rasa tergerak hati nak hantar borang penyertaan," kata pengurus projek sebuah syarikat IT di Cheras, Mohd Faizal Abdul Ghaffar, 35, yang berjaya membawa pulang RM1 juta menerusi Peraduan Power Root 'Anda Boleh Jadi Jutawan 4' musim keempat.

Mohd Faizal merupakan enam finalis sebelum menjadi tiga finalis akhir yang terpilih memasuki pusingan akhir yang berlangsung semalam.

Dia yang merupakan pelanggan tetap Power Root Ginseng berkata, dia hanya menghantar satu borang penyertaan peraduan itu tahun lalu dan dia langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi pemenang RM1 juta serta masih lagi terkejut dengan kemenangan itu.

Ketika ditanya mengenai wang kemenangannya itu, Mohd Faizal memberitahu, dia akan menggunakan duit itu sebagai modal untuk menjalankan perniagaan kelak.

"Perancangan untuk membuka perniagaan sudah ada tetapi tidak tahu lagi mana satu.

"Tetapi mungkin dalam sektor pertanian atau teknologi maklumat (IT)," katanya dengan wajah yang nampak masih tidak percaya.

Menurutnya, dia juga merancang membawa keluarga termasuk ibu bapanya untuk mengerjakan umrah dan bercuti nanti.

Selain Mohd Faizal, lima lagi finalis akhir, Zareena Yusof, Fahizul Mohamed, Rahayu Hussin, Wan Azila Wan Azaman dan Nor Hanisah Abu Bakar, masing-masing membawa pulang RM10,000.

Sementara itu, Pengerusi Power Root, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah berkata, peraduan yang berlangsung sejak 1 Mei 2014 hingga 31 Disember 2014 itu telah menerima lebih daripada 50,000 penyertaan.

"Selama lapan bulan peraduan berlangsung, 918 pemenang telah memenangi hadiah wang tunai lumayan," katanya selepas penyerahan hadiah wang tunai kepada enam finalis terakhir di Kuala Lumpur, semalam.

Seramai 875 pemenang harian menerima RM500, 35 pemenang mingguan menerima RM1,000 dan lapan pemenang bulanan masing-masing menerima hadiah bulanan RM5,000.

Pada masa sama, Power Root turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu Power Root Tongkat Ali dan Ginseng Karamel dan Power Root Tongkat Ali dan Ginseng Lebih Pekat.

Kedua-dua produk itu, hanya boleh diperoleh di semua pasar raya besar di seluruh negara bermulaApril ini.
 
ambe pun ada antar satu... tapi tak de rezeki
 
Dapat duit sedebuk ke atau di bayar secara ansuran?
 
untung la dia..jutawan segera
 
satu jutaa
dpt 40k pun syukur dah huhu
tak tau camne nak apply ni
kne beli power root berapa carton?
 
tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia x siapa yang tahu :)
 
die kena btanding jgk la. ingatkan smlm menang mcm tu je. kira xnasib sgtla
 
Back
Top
Log in Register