BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengumuman Raya Haji - BACA!!

Sape kata Aku betol, pilih 19, Kata Aku Salah letak 20 (yg vote ni siggy kasi tukau k


  • Total voters
    94
siot je ko DELL..
jgn mlm ni dia umum betol2 19 hb
esok korang sume REGISTER nick baru..
ye la takut nak wat siggy

Dr_Alban The Best

hehehe,menari

hahahaha... ini yg merisaukan nie...
 
siot je ko DELL..
jgn mlm ni dia umum betol2 19 hb
esok korang sume REGISTER nick baru..
ye la takut nak wat siggy

Dr_Alban The Best

hehehe,menari

bro ko buat poll la..
kt tengok berape org berani vote & yang vote tu kene letak Dr_alban the best..Amacam?:-? :-? :-?
 
Bergaduh la korang pasal tarik tu, 19hb ke atau 20hb Dis ker, tapi apa yang pasti Hari Raya Qurban/Haji ni mesti jatuh pada 10 Zulhijjah. Betul tak? :p

betul la kata ko :D :)) :"> :"> :">
 
..hehehe..abih la ko....Dr Alban

..tadi haku baru je call jabatan agama islam johor....

..KONPEM 20HB.....

hehehe sepanduk angkat :(scam :(scam :(scam ... tak sabar ler nak tunggu berita..jgn lupa berita terawal jam 5.00 petang TV1 nak lagi havoc BULETIN UTAMA 8.00 mlm nie :D
 
BACA NIE!!!!!!!!!!!!!



Arab Saudi sambut hari Wukuf 18 Disember, Raya Haji 19 Disember

MAKKAH: Hari wukuf bagi musim haji tahun ini pada Selasa, 18 Disember manakala Aidiladha di Arab Saudi akan disambut pada Rabu, 19 Disember.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abd Mubin berkata, tarikh wukuf itu ditetapkan berdasarkan pengumuman Majlis Kehakiman Tertinggi Arab Saudi pada Isnin bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1428 Hijrah ialah Isnin, 10 Disember 2007, iaitu sehari lebih awal daripada dijangkakan, setelah anak bulan Zulhijjah kelihatan berdasarkan penentuan tarikh secara rukyah.

Berikutan perubahan tarikh wukuf itu, maka pengurusan Rombongan Haji Malaysia memaklumkan kepada semua pihak di bawah jagaannya, khususnya pengarah-pengarah peringkat operasi, supaya mempertingkatkan lagi persiapan, katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan ibadah haji bagi musim haji 1428 Hijrah (2007) di sini hari ini.

“Kita sudah mempertingkatkan persiapan menuju hari Arafah. Saya percaya kita dapat mempertingkatkan persiapan untuk hari wukuf mulai hari ini,” kata beliau.

Ditanya sama perubahan tarikh Wukuf itu akan menjejaskan persiapan pengurusan Rombongan Haji Malaysia apabila pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah juga terpaksa dipercepatkan sehari iaitu pada 17 Disember (8 Zulhijjah) berbanding jadual asal 18 Disember, Mohd Salleh berkata beliau yakin pihaknya tidak akan menghadapi sebarang masalah berhubung perkara itu kerana persiapan sememangnya sudah berjalan.

“Secara umumnya, persiapan operasi Rombongan Haji Malaysia berjalan seperti biasa bahkan dipertingkatkan lagi. Kita akan memberi tumpuan kepada pergerakan haji dari Makkah ke Arafah pada 8 Zulhijjah (17 Disember) dan dari Arafah ke Muzdalifah pada 9 Zulhijjah (18 Disember) dan dari Muzdalifah ke Mina pada 10 Zulhijjah (19 Disember),” kata beliau.

Mohd Salleh berkata pergerakan dari Muzdalifah ke Mina akan menggunakan sistem 'Taraddudiah' (bas ulang-alik) disediakan pihak kerajaan Arab Saudi, iaitu sistem dilaksanakan dengan jayanya pada tahun lalu.

“Saya yakin pergerakan ini akan berjalan lancar walaupun terdapat perubahan lokasi khemah jemaah haji Malaysia berbanding tahun lalu.

Kerjasama yang baik antara pengurusan haji Malaysia dan Arab Saudi khususnya pihak Muassasah Mutawif Asia Tenggara dapat memastikan ibadah haji tahun ini berjalan dengan baik dan lancar.

“Kita berdoa semoga cuaca pada hari Wukuf dan malam di Muzdalifah nanti bersesuaian dengan jemaah haji kita dan kita mendapat malam yang baik di Muzdalifah,” katanya.

Berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan bermalam di Mina selama tiga malam untuk melontar Jamrah adalah sebahagian daripada amalan haji.

Di Malaysia, Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji akan disambut pada 20 Disember ini. — Bernama
 
Back
Top
Log in Register