BTC USD 84,741.3 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengumuman Penting ....21 JUN 2008 !!!!!!

Ini bukti kejahatan beruk tingkat 4..saje aku selak utusan online td..cis..~X(

Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee?
21/06/2008 12:00am

KOTA BHARU 20 Jun — Langkah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai termakan tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau difahamkan, Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

“Dengar kata macam-macam yang ditawarkan (kepada Yong) seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri dan royalti minyak.

“Sebenarnya saya nak tahu, apakah tawaran secara individu dari Anwar kepada Yong, adakah Yong ditawarkan jawatan TPM kalau Anwar jadi PM. Jika benar, ia membuktikan ini bukan pendirian berprinsip, tapi bersyarat sebab dia memang dah berjumpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Khairy sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan 14 ketua Pemuda Umno bahagian di Kelantan.

Beliau turut menyelar tindakan Yong dan Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengadakan perjumpaan di Hong Kong.

“Dari segi moral itu pun dah salah kerana bila dah mengaku jumpa Anwar dan kemudian nak sokong usul tidak percaya pada Perdana Menteri walaupun dia (Yong) masih lagi berlapik dan kata tak nak keluar dari Barisan Nasional (BN), ini menimbulkan tanda tanya.

“Kenapa nak jumpa di Hong Kong? Takut orang nampak?. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, kita tahu sejarah Anwar dan Yong pada 1994 yang menyebabkan kerajaan Sabah jatuh. Ini bukan perkara baru,” katanya.

Jelas Anggota Parlimen Rembau itu, tindakan SAPP yang akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri juga menunjukkan pendirian parti yang tidak konsisten.

Ini kerana, katanya, mustahil bagi parti komponen BN untuk menyokong usul tidak percaya kepada pengerusi BN dan pada masa yang sama masih lagi mahu memperjuangkan politik yang dibawa BN.

Katanya, Yong juga didakwa menggunakan kedudukan sebagai presiden parti untuk mendapat persetujuan mereka menyokong pendirian beliau berhubung usul itu.

“Saya difahamkan sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi SAPP tidak setuju dengan pendirian Yong, tetapi beliau berjaya dapat persetujuan daripada mereka.

“Soalnya sekarang ni, adakah mereka dalam SAPP yang tak menyokong Yong akan tampil ke depan untuk membuat pendirian berbeza yang lebih konsisten, iaitu kalau nak terus bersama BN, mesti sokong pengerusi BN, tak ada pilihan bagi mana-mana parti dalam BN untuk tidak menyokong pengerusinya.

Sebagai anggota parlimen juga, katanya, beliau akan lihat apakah tindakan anggota parlimen SAPP yang lain iaitu Anggota Parlimen Tawau, Chua Soon Bui yang juga naib presiden parti dan Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun sama ada mereka akan bentang dan sokong usul tersebut.

hahahah.. lawak la beruk tingkat 4 ni.. SAPP ada 2 MP je la.. takkan la DSAI bengong nak kasi TPM pada Yong ni.. lagi pun dah dah ada dalam perlembagaan TPM mesti Islam n melayu
 
Siapa Menteri UMNO jumpa Anwar di Singapura?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Sabtu, 21 Jun 2008
SEBUAH berita yang masih terbungkus dan menjadi misteri, seorang menteri Kabinet telah menemui Anwar Ibrahim di Singapura beberapa minggu lepas.

Apa yang dibincangkan tidak diketahui tetapi pertemuan antara kedua mereka yang merupakah sahabat baik tentu ada rahsia tersendiri.

Anwar telah pun mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak menyebut secara jelas.

Anwar hanya membayangkan seorang menteri Kabinet dan ramai yang mempunyai telahan ianya adalah dari MCA.

Tidak! Menteri yang dikatakan menemui Anwar itu bukan dari MCA tetapi dari Umno.

Seorang ahli korporat yang turut berada di Singapura ketika itu dalam rangka mengajurkan satu sesi temu press (sidang akhbar) Anwar dengan para ahli perdagangan dunia mengesahkan akan pertemuan berkenaan.

"Saya tidak pasti apakah mereka telah membuat temu janji lebih awal, tetapi menteri berkenaan memang menginap di hotel sama dengan Anwar dan saya nampak mereka berlalu dari satu tempat berdua-duaan," kata ahli koprorat berkenaan buila ditanya mengenai hal itu.

Kebetulan ahli koporat berkenaan menghubungi saya lewat petang tadi untuk bertukar fikiran berhubung perkembangan politik di Sabah.

Tambah ahli korporat itu Anwar telah menyebut secara sepintas lalu berhubung peristiwa itu dan sudah pasti akan didedahkan tidak lama lagi.

Bagi ahli korporat berkenaan pertemuan menteri Kabinet berkenaan penuh bermakna dalam keadaan sekarang ini dan ianya men jadi perhatian.

"Saya memang mengenalinya tetapi tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Biarlah sama-sama kita tunggu," katanya lagi sambil turut menolak telahan bahawa seorang menteri Kabinet dari MCA yang berjumpa Anwar itu.
 
Ini bukti kejahatan beruk tingkat 4..saje aku selak utusan online td..cis..~X(

Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee?
21/06/2008 12:00am

KOTA BHARU 20 Jun — Langkah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai termakan tawaran daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau difahamkan, Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

“Dengar kata macam-macam yang ditawarkan (kepada Yong) seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri dan royalti minyak.

“Sebenarnya saya nak tahu, apakah tawaran secara individu dari Anwar kepada Yong, adakah Yong ditawarkan jawatan TPM kalau Anwar jadi PM. Jika benar, ia membuktikan ini bukan pendirian berprinsip, tapi bersyarat sebab dia memang dah berjumpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Khairy sebelum itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan 14 ketua Pemuda Umno bahagian di Kelantan.

Beliau turut menyelar tindakan Yong dan Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengadakan perjumpaan di Hong Kong.

“Dari segi moral itu pun dah salah kerana bila dah mengaku jumpa Anwar dan kemudian nak sokong usul tidak percaya pada Perdana Menteri walaupun dia (Yong) masih lagi berlapik dan kata tak nak keluar dari Barisan Nasional (BN), ini menimbulkan tanda tanya.

“Kenapa nak jumpa di Hong Kong? Takut orang nampak?. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, kita tahu sejarah Anwar dan Yong pada 1994 yang menyebabkan kerajaan Sabah jatuh. Ini bukan perkara baru,” katanya.

Jelas Anggota Parlimen Rembau itu, tindakan SAPP yang akan membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri juga menunjukkan pendirian parti yang tidak konsisten.

Ini kerana, katanya, mustahil bagi parti komponen BN untuk menyokong usul tidak percaya kepada pengerusi BN dan pada masa yang sama masih lagi mahu memperjuangkan politik yang dibawa BN.

Katanya, Yong juga didakwa menggunakan kedudukan sebagai presiden parti untuk mendapat persetujuan mereka menyokong pendirian beliau berhubung usul itu.

“Saya difahamkan sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi SAPP tidak setuju dengan pendirian Yong, tetapi beliau berjaya dapat persetujuan daripada mereka.

“Soalnya sekarang ni, adakah mereka dalam SAPP yang tak menyokong Yong akan tampil ke depan untuk membuat pendirian berbeza yang lebih konsisten, iaitu kalau nak terus bersama BN, mesti sokong pengerusi BN, tak ada pilihan bagi mana-mana parti dalam BN untuk tidak menyokong pengerusinya.

Sebagai anggota parlimen juga, katanya, beliau akan lihat apakah tindakan anggota parlimen SAPP yang lain iaitu Anggota Parlimen Tawau, Chua Soon Bui yang juga naib presiden parti dan Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun sama ada mereka akan bentang dan sokong usul tersebut.


AMK P.Pinang cabar Khairy kosongkan kerusi Rembau
Oleh AMK P.Pinang
Sabtu, 21 Jun 2008
SIAPA Khairy Jamaluddin, menteri penuh atau sekadar seorang ahli politik yang menyalak bagai jagoan tetapi bacul berdepan realiti?

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang telah bermesyuarat 19 Jun 2008 jam 9 malam di pengerusikan oleh Amir Ghazali Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang,salah satu usul mesyuarat adalah mengenai cabaran Khairy pada 16 Jun 2008, terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat selain

Khairy jangan nak menunjukkan beliau sebagai jagoan politik yang ingin membariskan diri beliau setaraf dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ingin kita tegaskan kenyataan beliau hanya layak menyalak setelah beliau sendiri bersih daripada segala skandal yang membabitkan saham ECM Libra serta kemelut & tuduhan mengambil kesempatan membolot harta negara dengan menggunakan kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri.

Tegas AMK Pulau Pinang, kita membalikkan cabaran kepada beliau untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rembau & di adakan pilihanraya semula sekiranya selepas 16 september 2008 kerajaan persekutuan bertukar kepada Pakatan Rakyat.

Bagi AMK,Khairy tidak dapat tidur lena kerana beliau bukan lagi menjadi Ahli Parlimen pemerintah.

Oleh yang demikian amatlah wajar sekiranya Khairy menyahut cabaran mengosongkan kerusi Parlimen Rembau sebelum menunggu jawapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim.

Bagi AMK,sepatutnya Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya menyahut cabaran Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan pentadbiran kerajaan pimpinan Dolah Badawi yang tidak peka dengan kesengsaraan rakyat hasil tindakan yang tidak cekap kepimpinan BN dalam menguruskan ekonomi negara.

Kepada Khairy,jangan pandai menyalak berkenaan kerajaan yang tidak bermaruah jiks tidak mendapat mandat rakyat.kamu yang patut sedar bahawa kamu tidak punya maruah menggunakan kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri membolot hasil negara.

AMK Pulau Pinang sekali lagi mencabar Khairy untuk letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau sekiranya kerajaan persekutuan bertukar selepas 16 september 08.

Turut hadir dalam mesyuarat AMK Pulau Pinang ialah Saudara Amizudin Ahmat & Saudara Zulkifli Ibrahim selaku Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang juga turut sependapat dengan AMK Pulau Pinang, bahkan menambah, Khairy bukan saja tidak layak di ajukan cabaran kepada Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi juga tidak layak di tujukan cabaran kepada Exco AMK, Pemuda PAS & DAP dalam Pakatan Rakyat kerana kami hanya menganggap Khairy sebagai seorang kepimpinan Pemuda UMNO Cawangan kerana beliau sendiri bacul untuk berdebat dengan Saudara Badrul Hisham Saharin dalam Kempen pilihanraya umum ke-12 di Rembau dengan alasan beliau dalam kesibukan masa.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang
 
Statutory Declaration

STATUTORY DECLARATION

I, RAJA PETRA BIN RAJA KAMARUDIN (IC No: 500927-71-5257), a Malaysian citizen of legal age residing at No. 5, Jalan BRP 5/5, BuKit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, do solemnly and sincerely affirm and say as follows:-

1. I have been reliably informed that between about 10 p.m. on 19th October 2006 and early hours of the following day, the night Altantuya Shaariibuu was murdered, three (3) other people were also present at the scene of the crime;

(a) Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the Deputy Prime Minister of Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak

(b) Acting Colonel Aziz Buyong (then Lt. Col.) a C4 expert

(c) Acting Colonel Aziz’s wife, Norhayati (one of Rosmah’s ADC)

2. My informer states that Acting Colonel Aziz Buyong was the person who placed the C4 on various parts of Altantuya’s body while being witnessed by Datin Seri Rosmah Mansor and Norhayati.

3. I make this Statutory Declaration because I have been reliably informed about the involvement of these three people who have thus far not been implicated in the murder nor called as witnesses by the prosecution in the on going trial at the Shah Alam High Court. I also make this Statutory Declaration because I am aware that it is a crime not to reveal evidence that may help the police in its investigation of the crime.

4. I have further been reliably informed that Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi has received a written report from the Military Intelligence confirming what I have revealed above and that the report was subsequently handed over to his son-in-law, Khairy Jamaluddin, for safe-keeping.

5. I have also been reliably informed that one of the Rulers has been briefed about this matter and His Highness is fully aware of what I have revealed above.

6. I have knowledge of who has informed me of this matter plus I have knowledge of the Ruler who has been briefed and is aware of the matter but I have agreed that I shall not reveal this information other than mention that the Prime Minister and his son-in-law have been handed a written report confirming what I have revealed.

7. The purpose of this Statutory Declaration is to urge all these parties who have been duly informed and have knowledge of this matter to come forward to reveal the truth so that the police are able to conduct a proper and thorough investigation into the murder of Altantuya Shaariibuu.

And I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act, 1960.

SUBSCRIBED and SOLEMNLY DECLARED )
by the abovenamed RAJA PETRA BIN RAJA KAMARUDIN )
at Makhamah Tinggi Kuala Lumpur )
this 18th day of June 2008 )


http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9050/84/
 
pe..pe hal berita tu pasti akan sedikit masa menurunkan rege minyak...
 
pe..pe hal berita tu pasti akan sedikit masa menurunkan rege minyak...

kalau jadi bukan setakat harga minyak je turun bro,mcm-mcm lagi kita( rakyat ) dapat faedah:)cgrock
 
Najib tak kisah sgt pon.................... leh kahwin laen.... anak2 dia jer................
 
Raja Petra buat pengakuan bersumpah tu..masakla sorang lg 'pm in waiting' dlm umno tu..huhu
 
Back
Top
Log in Register