NI berita Update hari ni dalam blog YB Zulkifli Nordin:
Assalamua'laikum to all,
Wa banyak sori lah..itu tsunami kena kasi tukar plan. Ada perubahan strategi sikit. Insya-Allah dalam mase terdekat ni saya difahamkan akan berlaku satu perubahan menggalakkan di luar jangkaan kami. Kalu ni berlaku..kite talqinkan ameno & Be End teruih..harap2 hangpa semua sabaq sikit na..
Tapi saya nak ingatkan hangpa yang Be End pun tak dok diam. Kami dengaq depa dok standby dengan 2 option. First depa mungkin advise YDP Agong bubar Parlimen dan buat PRU13. Kalu tu berlaku memang kena sembelih lah depa. Lagi satu option depa mungkin nasihatkan YDP Agong gantung Parlimen di bawah Artikel 164 Perlembagaan. Kalu tu berlaku kami semua bungkus ke Kamunting..cume kita harap YDP Agong menggunakan budibicara Baginda sebaiknya.
Di bawah Art 164 YDP Agong apabila menggantung Parlimen mempunyai budibicara mutlak untuk melantik Pengarah NOC dari kalangan sesiapa yang Baginda percaya..tak semestinya PM. Kalu kena caranya senjata NOC ni boleh makan tuan. Tapi hangpa rakyat kalu tu berlaku kena bangkit dan desak YDP Agong melantik pemimpin Pakatan Rakyat bukan Be End sbg Pengarah. Kami tak sempat buat ape-ape sebab mungkin mase tu dah bercuti kat Kamunting. Tapi saya cukop yakin Be End's days are numbered..it's a matter of time je skrg ni. Hangpa jangan lupe follow sidang Parlimen Isnin ni..ada sesuatu akan berlaku diantara pukul 11.30am-5.30pm. Silap-silap.. Hehehe..bagi hangpa saspen sikit..adios monalitos mantoyas..grasias..
Zulkifli Noordin