BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penguin main iPad dalam zoo

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Seekor penguin khusyuk bermain aplikasi permainan iPad di sebuah zoo di California, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini. – AGENSI

CALIFORNIA 6 Jan. – Sebuah zoo di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS) menyediakan sesi bermain iPad untuk penguin selepas haiwan tersebut didapati gemar bermain dengan gajet tersebut.

Kakitangan Akuarium Pasifik, Sara Mandel melaporkan, pada awalnya zoo tersebut hanya menyediakan permainan dinamakan Permainan Untuk Kucing di iPad untuk kucing.

“Namun, kami dapati penguin juga gemar bermain permainan ini. Ketika saya meletakkan kucing dalam kurungan, penguin pula mengambil tempat untuk bermain menggunakan paruh,” katanya yang dipetik laman web, Mail Online.

Kakitangan zoo turut berasa hairan dengan aksi penguin berkenaan yang bermain permainan mengejar tikus itu dan mampu mencapai markah tinggi.

Mandel berkata, selain dua sekor penguin jenis Magellanic bernama Jeremy dan Newson, banyak haiwan lain didapati turut leka bermain iPad.

“Semua binatang mula bermain dengan iPad itu sehingga leka, sekali gus memudahkan kami memeriksa haiwan terbabit,” katanya.

Sukarelawan zoo, Hugo Ryono merupakan individu pertama yang menjalankan eksperimen permainan iPad di zoo itu pada 2013.

Dia mengemukakan idea berkenaan selepas satu perbincangan diadakan dengan penjaga haiwan untuk membolehkan permainan iPad digunakan sebagai alat bantuan kepada penguin.

“Seperti kucing, penguin juga bersifat ingin tahu. Jadi idea untuk menggunakan permainan virtual ini adalah sesuatu yang perlu saya cuba,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penguin-main-ipad-di-zoo-1.45230#sthash.2YP0YN9q.dpuf
 
agak2 rimau kalau bagi ipad apa jadi ye? binatang pun layan ipad ni skarang...mcamana die control ye?
 
skrg ni binatang dah maju kot,diorg pun nak rasa gak teknologi yg manusia.
 
Back
Top
Log in Register