BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penguatkuasaan perlu libatkan semua agensi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SHAH ALAM - Penguatkuasaan melibatkan semua agensi keselamatan perlu dipertingkatkan dalam memastikan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia dan Thailand lebih terjamin.

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan bersepadu semua agensi keselamatan perlu bergerak seiring, tidak hanya terhad peranan yang dimainkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata.

Katanya, dalam situasi ini, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) bersama agensi lain perlu bekerjasama lebih erat dengan pihak berkuasa Thailand mengawal selia sempadan kedua-dua negara.

“Dahulu kita bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama anggota Polis Gerakan Am (PGA) bertugas membuat rondaan dan kawalan di sempadan negara.

“Kita juga ada hubungan kerjasama dengan polis Thailand untuk membuat rondaan sempadan dan bertukar maklumat. Jika ada kegiatan haram yang berlaku di kawasan sempadan, maklumat akan sampai kepada penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya jalinan kerjasama yang hebat antara Thailand dan Malaysia lebih memantapkan lagi kawalan sempadan, sekali gus mencegah aktiviti penyeludupan barang, senjata api dan pemerdagangan manusia.

Menurutnya, bentuk muka bumi yang mencabar di kawasan sempadan negara dengan Thailand bukanlah alasan lemahnya kawalan.

“Kalau ada aktiviti haram meskipun kawalan begitu ketat, pasti berpunca daripada rasuah.. saya jangkakan ada penguat kuasa yang terlibat.

“Dalam keadaan ini, kita ada pos kawalan sempadan walaupun dalam hutan sebagaimana yang digunakan semasa membanteras komunis dulu,” katanya.

Musa berkata, kedua-dua negara juga perlu meningkatkan risikan dan perkongsian maklumat supaya kegiatan penyeludupan dapat dipatahkan.

Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji penggunaan satelit pada lokasi strategik kerana ia memudahkan pemantauan sempadan dua negara.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/penguatkuasaan-perlu-libatkan-semua-agensi-1.396238
 
Back
Top
Log in Register