BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengsan disengat tebuan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
salahdintebuan_1567839546.jpg

Salahudin dirawat di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang akibat pengsan selepas disengat tebuan tanah. - NSTP/Hassan Omar










ALOR GAJAH : Seorang operator kilang elektronik pengsan selepas disengat tebuan ketika menunggang motosikal di Bulatan Pengkalan Balak, Jalan Masjid Tanah-Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini.

Ketika kejadian jam 12.10 tengah hari semalam itu, Salahudin Abdul Karim, 28, dalam perjalanan pulang dari kilang di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah ke kediamannya di Kampung Padang Kemunting, Masjid Tanah.

Kakaknya, Diana, 36, berkata adiknya baru saja keluar dari kilang dan melalui bulatan berkenaan untuk bersiap bagi menunaikan solat Jumaat.

“Adik saya tiba-tiba disengat di kanan leher dan sempat melihat seekor tebuan tanah berbelang kuning hitam terbang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Kemunting hari ini.

Diana berkata, Salahudin yang masih bujang mengadu kepada ibunya, Sabariah Abdullah, 66, dia disengat dan meminta seorang lagi kakak, Shamsinar, 35, membantu mencabut ‘jarum’ bisa tebuan dari lehernya.

Shamsinar menggunakan penyepit untuk mencabut ‘jarum’ berkenaan dan selepas itu tubuh Salahudin menggigil dipercayai kerana terlalu sakit.

“Dia menggigil kuat dan tidak sedarkan diri. Kami mencuba menyedarkannya dengan merenjis air ke mukanya tetapi gagal,” katanya.

Panik melihat Salahudin tidak bergerak, Diana segera meminta sepupu lelakinya di sebelah rumah untuk membawa adiknya itu ke Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, kira-kira lima kilometer dari kampung berkenaan.

Katanya, Salahudin segera diberikan rawatan di wad kecemasan, termasuk menggunakan alat bantuan pernafasan bagi membantunya kembali bernafas dan sedar daripada pengsan.

“Alhamdulillah, kira-kira jam 5 petang semalam adik saya kembali sedar tetapi masih dalam keadaan lemah akibat kesan daripada sengatan masih belum hilang sepenuhnya. Dia juga bertambah sihat,” katanya.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/09/604520/pengsan-disengat-tebuan
 
tebuan.. keli.. lipan.. walaupun level fun poster cg forum tp tetap BERBISA boleh kasi lembek minda..
 
Aku penah kena masa naik motor sengat ngan penyengat kat telinga peh dia punya bisa berdenyut2...ni tebuan tanah lg bisa patutlah pengsan pun
 
Back
Top
Log in Register