BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengkid seksa jururawat

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]



AMPANG: Cemburu buta seorang pengkid membuatkan dia sanggup mengurung teman wanitanya seharian dan mengugut mencederakan ‘kekasihnya’ itu jika mangsa melarikan diri di sebuah rumah di Hatta Square, Jalan Pandan Mewah, Pandan Indah, dekat sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu akhirnya ditahan polis selepas seorang rakan menyedari mangsa menghadapi masalah kerana tidak datang bertugas dan gagal menghubunginya.

Rakannya itu yang mengetahui mangsa yang bekerja sebagai jururawat mempunyai hubungan dengan suspek kemudian mengesyaki kemungkinan dia tidak dibenarkan keluar oleh pasangannya itu lalu menghubungi abang mangsa serta menceritakan kejadian terbabit sebelum membuat laporan polis.

Difahamkan, pasangan berkenaan saling mengenali sejak lima tahun lalu dan suspek sebelum ini pernah melakukan perkara sama kerana terlalu cemburu melihat pasangannya itu berkawan dengan orang lain.

Selain itu, mangsa sentiasa dikawal suspek yang langsung tidak membenarkannya keluar dari rumah dan jika mahu keluar suspek sentiasa menemaninya.


Menurut sumber polis, suspek bekerja di sebuah kafe di Petaling Jaya dan seorang yang kuat cemburu selain bersikap panas baran.

“Siasatan mendapati, mereka tinggal menyewa bersama di rumah berkenaan dan suspek bertindak di luar kawalan kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan orang lain.

“Suspek sebelum ini pernah melakukan perkara sama dan mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa jika tidak mahu dicederakan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang seharian dikurung, mangsa mengalami kecederaan di dahi serta kepala akibat dipukul dengan tali pinggang, penyangkut baju dan botol syampu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan juga tangkapan yang dibuat.

“Siasatan awal mendapat suspek cemburu kerana mangsa berkawan dengan orang lain dan dia juga dikatakan suka mengongkong kehidupan mangsa.

“Suspek kini ditahan reman sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya.
 
Ni lah jadinye bile cuba melawan takdir tuhan...dah diberi jadi pompuan nak jadi laki...
 
Hahahahah..lawak tul..cemburu buta dah tua dah huh tak bertaubat gak..apa nak jadilah.
 
majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa hubungan sejenis adalah haram. minta hormat pandangan ulama. sebelum bumi malaysia ini kena bala.
 
Bukan senang nak terlepas dr cengkaman pengkid ni..ada yg dah jadi bini orgpun still ada hubungan sejenis..bahaya2
 
majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa hubungan sejenis adalah haram. minta hormat pandangan ulama. sebelum bumi malaysia ini kena bala.

xpyh majlis kua fatwa pun mmg da terang2 hukumnya haram..mcmla jugak pd hukum bertudung..:D
 
cam dh x der laki dh dlm dunia ni...sesama sendiri pun jadi...dh la dkt umah aku.
 
penkid ni kalo ikutkan ati nak je ako belash. pempuan belagak nak jd laki, cis
 
Back
Top
Log in Register