akunyet
Active Member
- Messages
- 1,559
- Joined
- May 29, 2011
- Messages
- 1,559
- Reaction score
- 18
- Points
- 25
Tahukah sedara apa erti kalimah “MasyaAllah” (ما شاء الله) dalam bahasa Melayu?
Selalukah sedara menyebutnya dalam keadaan tertentu? sedara mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.
Namun pernahkan sedara terfikir samada sedara menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” (ما شاء الله) ini bersesuaian pada tempatnya?
Contohnya, mungkin sedara menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya
Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah,
Sedikit terjemahan dari Wiki
Jadi pengunaan MasyaAllah (ما شاء الله) ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.
Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).
Sekian.
tambahan
petikan dari Facebook I Luv Islam sumber

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” (ما شاء الله) ialah
ALLAH YANG MAHA AGUNG
ALLAH YANG MAHA AGUNG
Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah,
kalimah “MasyaaAllah” (ما شاء الله) sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik / indah / cantik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian, melihat pemandangan yang cantik dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.
Sedikit terjemahan dari Wiki
Masya Allah (ما شاء الله) adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian. Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendaknya. Terjemahannya kurang lebih adalah "Allah telah berkehendak akan hal itu", dengan kata telah yang menekankan tentang doktrin Islam yang rukun iman pada takdir. Digunakan sebagai ungkapan kegembiraan disertai doa.
Jadi pengunaan MasyaAllah (ما شاء الله) ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.
Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).
Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya
Sekian.
tambahan
petikan dari Facebook I Luv Islam sumber
"Masyallah.. macam mana boleh kena tangkap basah?"
"Masyallah... terkejut dengar %^$^ mengandung luar nikah"
"MasyaAllah... cantiknya pemandangan pantai kat sini.."
"Masyaallah... indahnya kampung hang. Nak mai selalu la.."
Apa beza perbualan di atas? Mungkin, bagi kita tiada apa bezanya. Namun sedarkah kita kebiasaannya 'orang melayu' lebih selesa mengaitkan "masyaAllah' dengan sesuatu perkara yang 'tidak baik'/ dosa/ maksiat..? Sedangkan hakikat penggunaan kalimah tersebut adalah sesuatu bentuk yang menggambarkan sedikit 'ketakjuban' pada sesuatu yang 'baik' dengan tujuan sebagai pujian kepada Allah SWT atas apa yang telah dijadikan/ditaqdirkan/diciptakan.
Sebagai contoh; merasa takjub dengan keindahan langit. Justeru kalimah "masyaAllah" di ungkapkan diiringi dengan rasa takjub atas apa yang dilihat, dirasai, dan didengari tanda pujian di atas keagungan Allah yang menciptakannya.
Oleh itu, sahabat-sahabat semua.. Jom kita ubah penggunaan kalimah 'masyallah' kepada sesuatu yang baik.
Jangan lagi kita iringkan perkara yang tidak baik dengan 'masyaAllah' sebab seolah-olah samalah juga kita ungkapkan kalimah begini
"Alhamdulillah... kene tangkap basah anak &**&^+#"
Kan tu tak sesuai? So, apa tunggu lagi.. Ubah, jangan tak ubah.
Last edited: