BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengganas Syria dicekup

Crystal skull

Active+ Member
Messages
2,704
Joined
Dec 29, 2013
Messages
2,704
Reaction score
9
Points
25
Kuala Lumpur: Meskipun baru menyusup masuk ke negara pertengahan bulan lalu, kepantasan pasukan perisik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membolehkan seorang lelaki dari Asia Barat yang disyaki anggota kanan sebuah kumpulan pengganas di Syria ditahan dalam satu operasi khas di ibu negara pada 31 Januari lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berusia 45 tahun itu menyertai kumpulan pengganas di Syria sejak Mei 2012 hingga Mei tahun lalu. Menurutnya, suspek juga pernah memasuki beberapa negara di Asia Barat, utara Afrika dan sebuah negara di Asia Tenggara sebelum menyusup masuk ke Malaysia pertengahan bulan lalu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Suspek adalah bekas komander satu kumpulan pengganas yang beroperasi di Syria dan Iraq, malah dia turut disenaraikan sebagai suspek paling dikehendaki oleh pihak keselamatan di sebuah negara di Asia Barat. “Dia ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggunakan pasport palsu sebelum dihantar balik ke negara asalnya kelmarin dalam satu operasi khas,” katanya dalam kenyataan, semalam. Beliau berkata, kejayaan menahan lelaki itu hasil kerjasama erat antara PDRM dan agensi penguatkuasaan asing dan kerjasama berkenaan akan diteruskan bagi membanteras dan menangani ancaman keganasan sama ada di peringkat serantau atau global. “PDRM memandang serius aktiviti pengganas asing yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit, tempat perlindungan dan pangkalan operasi,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register