BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengerusi NGO MyWatch ditembak

Dzoolhelmi™

Legendary Member
gem
Messages
10,486
Paid Membership
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
164
Points
133
IMG-20130101-WA0010-300x300.jpg

KUALA LUMPUR: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang tadi oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 29, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Astro Awani dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.

Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya kepada Astro Awani.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.

Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pengerusi-ngo-mywatch-ditembak-19236?cp
 
aku dah tak lepak dgn group pembunuh upahan yg selalu kene upah high profile

sbb aku baru tau cite

aku rasa ni pun geng diorang
 
oh malaysiaku.....
senang je sekarang ni nak dapat glock...
 
aku dah tak lepak dgn group pembunuh upahan yg selalu kene upah high profile

sbb aku baru tau cite

aku rasa ni pun geng diorang

bro ni geng pembunuh upahan ke?
 
aku lepak ngan geng2 tu.. ada bekas utk polis and tentera

nak cite lebih aku tak takut, tp aku ada anak bini ..

berapa kosnye???
 
org kata sejak gomen buang akta itu ini akhir2 ni byk kes tembak higj profile...

btol ke ?

akta ape yg dihapus tu ?
 
Back
Top
Log in Register