Tokera
In Memory - AlFatihah

- Messages
- 11,308
Paid Membership
- Joined
- Dec 31, 2005
- Messages
- 11,308
- Reaction score
- 175
- Points
- 123
Petikan:
"Bila di sebut sahaja 'Bid'ah', maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bid'ah". Macam-macamlah perkataan yg kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yg dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yg dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membid'ahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub da'wah yang betul. Ada juga yg mengambil ringan mengenai istilah bid'ah. Pada mereka bid'ah ini hanya menyentuh perkara-perkara yg makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama'. Ada juga yg menjadikan bid'ah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga mendapati para ustaz-ustaz yg akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bid'ah". Maknanya pengumuman bid'ah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yg boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bid'ah."
Bid'ah : satu tinjauan
Assalamu'alaikum
Rasulullah saw ketika berkhutbah pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh An-Nasaai:
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له إن أصدق الحديث كتاب الله وأحسن الهدي هدي محمد وشر الأمور محدثاتها وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار
".....Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.
Perkataan Bid'ah merupakan suatu istilah sensitif dikalangan orang-orang Islam khususnya di Malaysia. Dalam istilah Inggeris ia di panggil 'Innovation' atau jika diMelayukan menjadi inovasi. Dengan kata lain ia membawa maksud - inovasi, rekaan atau ciptaan baru. Menurut Sheikh Ali Mahfudz didalam kitabnya Al Ibda' fi Madharil Ibtida'[1] berkata bahawa bid'ah boleh dilihat dari segi bahasa dan istilah.
Dari segi bahasa ia bermakna:
ماخلق من غير مثال سابق
"Segala sesuatu yang diciptakan dengan tidak didahului contoh-contoh"
Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud :
البدعة هي عبارة عن طريقة في الدين تضاهي الشرعية يقصد بلسلوك عليها المبالغة في اليتعبد الله سبحانه وتعالى
"Bid'ah ialah suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."
Keterangan di atas amat terang dan jelas menceritakan bid'ah secara ringkasnya. Sepertimana yg dinyatakan didalam hadis diatas tadi dimana 'seburuk-buruk kejahatan ialah mereka-reka' (وشر الأمور محدثاتها ) telah membangkit beberapa perkumpulan ulama' mencari skop dan had-had istilah 'mereka-reka' itu sendiri.
Didalam mendefinasikan ruang lingkup bid'ah atau rekaan-rekaan didalam agama Islam telah mengakibatkan tercetusnya pelbagai-bagai pegangan, baik yg menolak 'semua bid'ah dan mengatakan semuanya sesat' atau kumpulan-kumpulan yg membuat pembahagian terhadap bid'ah (klasifikasi bid'ah) itu sendiri, malah ada juga yg mengamalkan sesuatu bid'ah tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil yg kuat.
Malah bab inilah yg merupakan satu perkara yg tidak ada titik pertemuan diantara pengikut mazhab dan kumpulan-kumpulan salaf sehingga kini. Persoalan Tahlil, membaca Yasin malam Jumaat, Malam Nisfu Sya'ban, Malam Isra' dan Mi'raj, fadilat puasa Rejab, fadilat penggunaan biji tasbih dan sebagainya merupakan perkara-perkara yg akan disentuh setiap kali apabila bid'ah diperkatakan. Pertembungan ini juga dipanggil pertembungan kaum tua dan kaum muda. Kita tidak ingin membicarakan permasalahan bid'ah itu buat masa ini, cuma ingin menyentuh natijah-natijah yg timbul dan yg akan timbul hasil dari pertembungan dua budaya pemikiran ini.
Kupasan mengenai bid'ah telah dibuat dengan panjang lebar oleh ulama-ulama muktabar seperti As-Syahid Hasan Al-Bana didalam Usul 12 nya [2] dengan merangkumi skop-skop bid'ah itu sendiri . Kita harus akur bahawa mereka-mereka yang menyokong bid'ah hasanah atau yang mengganggap semua bid'ah adalah sesat terdiri dari mereka yg bergelar ulama'. Mereka ini bukan calang-calang orang. Siapalah kita untuk mempersoalkan keupayaan mereka itu!
Memang tidak boleh dinafikan terdapatnya pelbagai unsur-unsur negatif yg timbul dari pertembungan ini. Perkara-perkara ini lah yg harus kita elakkan agar ia tidak menjadikan kesesatan yg amat nyata.