ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
TELEFON bimbit menjadi pilihan utama sebagai teman percutian bagi pengembara dari Malaysia (89 peratus), diikuti kamera (76 peratus), komputer riba (54 peratus), dan peranti hiburan (21 peratus).
Berdasarkan kaji selidik Visa Global Travel Intentions 2013, peranti elektronik digunakan untuk mendapatkan maklumat serta memudahkan pengguna berkongsi pengalaman pengembaraan dengan rakan dan keluarga.
"Trend terbaru ini bukan saja terhad ketika percutian, sebanyak 80 peratus pengembara Malaysia berkongsi pengalaman percutian mereka di dalam talian apabila pulang dari percutian mereka," menurut laporan itu.Kajian juga menunjukkan keupayaan Internet merupakan aspek penting bagi pengembara Malaysia memilih peralatanuntuk dibawa ketika bercuti, di mana ianya dipilih sebagai kriteria utama (55 peratus) mendahului aspek-aspek lain seperti saiz dan berat peralatan.
"Kaji selidik turut mendedahkan lima aktiviti dalam talian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia ketika bercuti.
"Aktiviti tersebut ialah mengakses e-mel (56 peratus), aplikasi pesanan segera (50 peratus), berkongsi gambar dengan rakan-rakan dan keluarga (38 peratus), melayari Internet untuk mengisi masa lapang (38 peratus) dan mengemas kini status mereka (36 peratus)," katanya.
Sementara itu, sumber maklumat dalam talian seperti laman sesawang ulasan pengembaraan, penyedia perkhidmatan Internet, dan laman sesawang pelancongan rasmi digunakan oleh 83 peratus pengembara Malaysia untuk merancang percutian mereka, 77 peratus untuk membuat tempahan perjalanan peribadi dan 75 peratus untuk mendapatkan maklumat mengembara.
Pengurus Visa Malaysia Stuart Tomlinson berkata, teknologi mempengaruhiaspek kehidupan kini, termasuk cara pengguna merancang dan menikmati percutian.