BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengedar dadah diberkas di surau

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN - Seorang peniaga ayam yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah diberkas di sebuah surau di Kampung Batu 4 1/2 Jalan Kuantan-Gambang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Thoon Kuan berkata dalam serbuan 5 petang Sabtu lepas itu, polis menemui ganja seberat 473 gram yang disembunyikan suspek, 49, di dalam tandas surau berkenaan.

"Susulan penangkapan suspek itu, polis juga menjalankan pemeriksaan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari surau itu dan kami menemui 234 gram lagi ganja yang disorok dalam semak tepi rumahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua ganja yang dirampas seberat 707 gram bernilai RM2,100 dan siasatan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah serta positif dadah.

Dalam kes berasingan, polis menahan empat lelaki berusia antara 25 dan 40 tahun di sebuah rumah di Kota Perdana dekat Pekan Ahad lepas, dan merampas lapan biji pil eramin 5 bernilai RM120 di dalam dompet seorang daripada lelaki itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sebuah beg di beranda rumah itu yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.4 gram bernilai RM4,500 dan heroin seberat 47.9 gram bernilai RM3,800," kata Yap.

Beliau berkata dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka direman sehingga 23 Jun. - Bernama
 
syabu 3.4g je 4800rm ???? mhlnya syabu kt kuantan lol.
 
layan ganja ok la lagi..masuk ice semua tak gemar teman..
 
ingatkan tgh solat td dlm surau waktu kena tangkap
 
Back
Top
Log in Register