Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Seorang pengawal keselamatan yang dalam perjalanan untuk memasukkan wang tunai RM170,000 di sebuah bank mati ditembak tiga perompak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.
Dalam rompakan nekad pukul 10.35 pagi ketika jalan itu sibuk dengan orang ramai, tiga suspek menaiki dua buah motosikal tiba-tiba menghampiri di kiri dan kanan kenderaan dinaiki mangsa bersama dua lagi pengawal keselamatan.
Suspek kemudian mengarahkan ketiga-tiga pengawal keselamatan itu membuka pintu kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux tetapi mereka enggan menyebabkan suspek berang dan melepaskan tiga das tembakan.
Dua das tembakan mengenai rusuk kiri mangsa, Mohd. Burhanuddin Jamaluddin, 23, yang duduk di bahagian depan sebelah pemandu manakala satu lagi tersasar ke cermin belakang kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, suspek bertindak merampas karung berisi wang itu yang diletakkan di belakang tempat duduk penumpang lalu melarikan diri ke arah Petaling Jaya.
"Mangsa yang cedera dikejarkan ke PPUM untuk rawatan kecemasan tetapi disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan, pukul 11 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa baru bekerja selama tiga hari sebelum berlaku kejadian itu.
Wan Abdul Bari meminta saksi kejadian itu tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi talian 03-21159999.