BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengasuh selamatkan anak majikan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Suhailawati melihat biliknya yang turut rosak akibat kebakaran tersebut.
< 1 / 1 >
PASIR MAS - Tindakan pantas seorang pengasuh berjaya menyelamatkan tiga anak majikannya berusia 3 bulan hingga 4 tahun dalam kebakaran di Taman Sentosa, Jias, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, kebakaran melibatkan bilik rehat di tingkat atas rumah teres terbabit.

Pemilik rumah tersebut, Suhailawati Mohamad, 32, berkata, ketika kejadian dia sedang menghadiri mesyuarat di sekolah.

Menurutnya, pada jam 11.15 pagi, dia menerima panggilan daripada pengasuh terbabit, Siti Hajar Othman, 27, yang memaklumkan salah satu daripada dua palam elektrik mengeluarkan asap.

"Ketika itu, Siti Hajar sedang menggunakan penyedut hampagas untuk membersihkan rumah.

"Beberapa minit kemudian, Siti Hajar menelefon saya sekali lagi dan memberitahu dia ternampak percikan api keluar daripada palam elektrik berkenaan. Terkejut dengan berita tersebut, saya segera pulang ke rumah," katanya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti.

Suhailawati berkata, ketika kejadian hanya Siti Hajar bersama tiga anaknya berada di rumah, sementara dia dan suaminya keluar bekerja.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 pagi selepas dimaklumkan oleh Pusat Gerakan Operasi Negeri.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera segera ke lokasi. Api berjaya dikawal sepenuhnya daripada merebak ke kawasan berhampiran kira-kira jam 12 tengah hari.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
 
stresss nya nak carik pengasuh
 
area mana bro
sana market baby berapo :((:((

are KL/Selangor... tengah cari yang x ramai jaga budak...umur 3 tahun dalam rm300 ke rm400..tapi dalam ramai,
nak cari orang gaji dengan permitnye la #:-S
bro area mane?
 
aku sampai skrg macam fobia kalau minta pengasuh jaga anak aku....
sbb dgr berita macam2 pasal pengasuh...
nasib baik mak mertua aku sanggup jaga...
skrg anak ke-3 mak aku sendiri datang jaga...
akan datang tak tau la...
:(
 


are KL/Selangor... tengah cari yang x ramai jaga budak...umur 3 tahun dalam rm300 ke rm400..tapi dalam ramai,
nak cari orang gaji dengan permitnye la #:-S
bro area mane?

kajang town.. bro kalau baby 6 bulan berapa rate dia ??? aku pun tgh carik pengasuh yg tak ramai baby. yg aku jumpe mak ai.. bersepah budak
 
aku sampai skrg macam fobia kalau minta pengasuh jaga anak aku....
sbb dgr berita macam2 pasal pengasuh...
nasib baik mak mertua aku sanggup jaga...
skrg anak ke-3 mak aku sendiri datang jaga...
akan datang tak tau la...
:(

bro dengan mak bro and mak mertua 1 tempat ke..??
uhuk mak mertua den nak sgt jg tp lg 2 tahun dia pencen staf nurse
 
bro dengan mak bro and mak mertua 1 tempat ke..??
uhuk mak mertua den nak sgt jg tp lg 2 tahun dia pencen staf nurse
mak mertua den dokat je...
tapi mak den datang sini ler...
 
Back
Top
Log in Register