BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengasas uber beli rumah berharga 72 juta

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Pengasas bersama aplikasi e-hailing, Uber, Garrett Camp dilapor telah membeli sebuah rumah agam di kawasan elit Beverly Hills pada harga AS$72.5 (RM299 juta).

Disifatkan sebagai pembelian paling mahal di kejiranan itu, berita itu bagaimanapun menimbulkan persoalan mengenai jurang pendapatan yang kian melebar, krisis perumahan, peningkatan jumlah golongan gelandangan di Los Angeles dan siapakah sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi.


Camp membeli rumahnya itu hanya beberapa minggu selepas IPO Uber dilihat terus mengkayakan para pelabur dan pengasasnya.

Camp yang merupakan seorang usahawan dari Kanada dikatakan memiliki kekayaan AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion). Dia sudahpun memlik banyak hartanah mewah di Los Angeles, San Francisco dan Manhattan.

Rumah seluas 12,000 kaki persegi itu mempunyai tujuh bilik tidur dan sebuah rumah tetamu.

Pembelian itu nyata mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan aktivis dan pemandu Uber yang sekian lama membantah tentang amalan buruh Uber serta meminta persekitaran kerja yang lebih baik.


“Ini merupakan satu contoh terbaik di mana golongan 1% mencuri daripada kita semua. Pemandu Uber hidup di dalam kereta mereka, selain terpaksa berjuang untuk mendapatkan bayaran yang adil.

Sekurang-kurangnya kongsilah kekayaan itu dengan orang yang membina syarikat kamu,” kata seorang pemandu Uber di Los Angeles, Nicole Moore.

Moore yang juga penganjur pergerakan Rideshare Drivers United memberitahu dia bekerja sebagai pemandu sambilan kerana kos perumahan yang sangat mahal.

“Dia membeli rumah mewah menggunakan wang yang kami dapat dengan susah payah. Camp mengambil wang kami secara tidak adil. Ini adalah satu bentuk eksploitasi,” kata seorang lagi pemandu Uber, Karim Bayumi.

Langkah terbaru Camp itu memang menghairankan kerana Uber dilapor terus mengalami kerugian dan menghalang usaha pemandu untuk menambah baik kondisi kerja mereka. Usaha pemandu untuk mendapatkan pampasan, gaji minimum dan hak-hak lain juga dinafikan.

Harus tahu bahawa ramai pemandu Uber terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan kerana gaji mereka terlalu rendah. Dalam erti kata lain, wang pembayar cukai turut menyumbang kepada kekayaan Camp. – The Guardian
 
rezeki ayam nampak di kaki,
rezeki manusia hanya tuhan yang tahu..
kita jgn putus asa untuk berusaha
 
Back
Top
Log in Register