Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Pengasas Abu Sayyaf ditangkap
MANILA: Pihak berkuasa Filipina menahan anggota pengasas kumpulan Abu Sayyaf yang dikata mempunyai kaitan Al-Qaeda dan dipersalahkan dalam beberapa serangan ganas di wilayah itu, kata pegawai semalam.
Ustaz Ahmadsali Asmad Badron juga dikenali sebagai Ammad atau Hamad Ustaz Idris, ditahan di Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina, kelmarin.
Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Wilayah, Edgar Danao berkata, Ahmadsali adalah seorang daripada pengasas Abu Sayyaf yang ditubuhkan pada 1990-an menggunakan wang dari ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden.
Ahmadsali ditangkap ketika kumpulan tentera memburu unit Abu Sayyaf di Pulau Basilan selepas pertembungan antara dua pihak itu menyebabkan 10 tentera mati, minggu lalu.
Bersama seorang sepupunya, Ahmadsali bekerjasama dengan Galib Andang, ketua Abu Sayyaf yang terkenal juga dikenali sebagai “Komander Robot” di mana di bawah arahannya telah melakukan serbuan di sebuah resort di Malaysia pada April 2000 dan menculik berpuluh-puluh pelancong asing.
Penculikan itu menjadikan kumpulan Abu Sayyaf terkenal di peringkat antarabangsa, walaupun semua mangsa dilepaskan berperingkat selepas rundingan tebusan yang dibuat oleh Libya.
“Ahmadsali adalah seorang anggota yang dipercayai dalam Abu Sayyaf berjaya mendapatkan berjuta pesos wang tebusan untuk membiayai operasi mereka,” kata Danao.
Akhirnya satu operasi yang disokong oleh Amerika Syarikat terhadap kumpulan itu berjaya membunuh beberapa pemimpin mereka, sementara yang lain, termasuk Galib berjaya ditahan. Dia akhirnya terbunuh ketika cuba melarikan diri pada 2005.
Ketika dalam buruan, Ahmadsali dikatakan membantu militan asing dari satu lagi kumpulan pengganas di rantau ini, Jemaah Islamiyah (JI) untuk bersembunyi di selatan Filipina. - Manila Times
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengasasAbuSayyafditangkap/Article/index_html