BTC USD 82,355.5 Gold USD 4,170.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

penganggur 'terhormat'

ree1

Active Member
Messages
1,145
Joined
Nov 30, 2011
Messages
1,145
Reaction score
380
Points
41
pix_middle

BERPUSU-PUSU...saban tahun, ribuan graduan pelbagai institusi terpaksa bersaing untuk mencari pekerjaan menyebabkan isu pengangguran tidak habis diselesaikan.​


SUKAR menafikan, namun hakikatnya ramai mahasiswa terpaksa menjadi penganggur terhormat sebaik menamatkan pengajian.

Walaupun ada yang bertuah memperoleh pekerjaan, ramai terpaksa berpuas hati dengan jawatan ‘biasa’ biarpun mempunyai segulung ijazah.

Malah, institusi pengajian tinggi sudah sehabis daya membantu dengan memperkenalkan pelbagai program serta kemahiran untuk meningkatkan lagi jenama graduan di persada kerjaya, namun masih ada lagi kepincangannya.

Persoalannya, mengapa ini berlaku? Salah graduan atau salah institusi?


Dan, benarkah tanggapan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi penyumbang terbesar terhadap isu itu?


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata meletakkan kesalahan atas bahu institusi atas alasan gagal membantu graduan adalah prejudis.

Beliau berkata, jika ada pihak menganggap isu pengangguran sebagai mekanisme untuk menghentam kredibiliti institusi terutama IPTA, mereka seharusnya berfikir lebih matang dan memperbetulkan tanggapan itu.

“Cubaan pihak tertentu meletak kesalahan itu di bahu institusi tidak adil kerana pengangguran bersifat global. Ia tidak akan habis dan sentiasa membelenggu institusi di seluruh dunia.

“Institusi selalunya menjadi mangsa apabila gagal mencapai standard diberikan pihak tertentu sedangkan dalam konteks ini, mereka perlu akur bukan semua graduan akan menjadi pilihan majikan.

“Meletak kesalahan pada institusi semata-mata adalah silap dan tidak adil. Institusi tidak pernah mengambil sikap sambil lewa malah berusaha keras memastikan mereka diterima industri. Tapi mengapa masih dipersalahkan?” katanya.

Dikategori sebagai isu yang tidak pernah selesai dipertikaikan, pengangguran dijadikan alasan paling mudah dan sinonim untuk menyalahkan institusi hingga menimbulkan reaksi berbeza.

Bukan saja mencalarkan kredibiliti serta nama baik malah dengan mudah dihukum masyarakat dengan tanggapan institusi lepas tangan dan membiarkan graduan terkapai - kapai mencari pekerjaan.

Mengulasnya, beliau berkata jika tanggapan itu dilemparkan tiga dekad lalu, masih boleh diterima namun keadaan kini jauh berubah dengan institusi juga sama mengembleng usaha membantu graduan.

“Sudah banyak usaha dilakukan institusi untuk memastikan graduan dilengkapi kriteria diperlukan industri. Usaha itu bukan saja merangkumi keperluan akademik yang baik malah latihan, kemahiran, pendedahan kerjaya dan sebagainya.

“Justeru, apabila masih ada pihak berterusan menyalahkan institusi, tindakan itu sangat tidak munasabah.

“Bukanlah bermakna institusi sempurna, namun melihat apa dilakukan, rasanya tidak adil meletakkan kesalahan pada satu pihak saja,” katanya yang juga menolak tegas graduan IPTA paling banyak menganggur.

“Itu persepsi salah kerana IPTA bukan penyebab peningkatan pengangguran malah kami antara penyumbang terbesar pasaran sumber manusia.

“Malah, ramai mendominasi pelbagai sektor profesional mahu korporat. Saya tegaskan, taraf institusi tidak memainkan peranan kejayaan graduan sebaliknya diri sendiri,” katanya.

Antara faktor dikenal pasti menjadikan graduan ‘tidak laku’ di pasaran ialah kurang kemahiran diri, komunikasi, pengalaman, keputusan akademik serta program pengkhususan terhad.

Faktor berkenaan, akuinya, banyak menyumbang kepada kegagalan graduan memasarkan diri kerana industri tidak mempunyai keyakinan teguh terhadap kemampuan mereka.

“Ini masalah paling utama kerana industri kurang yakin terhadap kemampuan orang baru yang tiada pengalaman. Mereka takut mengambil risiko.

“Bagi graduan pula, jika gagal menunjukkan kebolehan melebihi orang lain, peluang memperoleh pekerjaan juga sukar kerana majikan memerlukan calon yang tidak setara dengan orang lain.

“Industri tidak gusar kerana pilihannya ramai, justeru graduan bukan saja perlu mempunyai kelayakan tapi mesti ada nilai tambah,” katanya.

Beliau turut tegas menepis dakwaan kononnya IPTA tidak peka terhadap kehendak semasa selain sibuk mengejar taraf kedudukan.

“Dakwaan itu tidak benar kerana IPTA sentiasa komited dan bersedia mengikut serta melaksanakan pelbagai perubahan bagi menyaingi tuntutan dunia pendidikan global.

“Apabila tuntutan mengkehendaki kami melaksanakan pembaharuan, itu yang akan dilakukan,” katanya yang kurang bersetuju apabila segelintir pihak suka membandingkan kemampuan graduan IPTA dengan pengajian tinggi swasta.

“Setiap institusi ada fungsi dan kelebihannya. Jangan buat perbandingan semata-mata mahu memuaskan hati pihak lain.

“Fokus utama harus diselesaikan ialah bagaimana membantu graduan ini memperoleh pekerjaan,” katanya.

Beliau turut menekankan mesej bahawa graduan perlu bersedia berubah dan jangan sesekali melepaskan peluang diberikan institusi.

“Peluang yang terbentang di kampus perlu direbut dan digunakan sewajarnya demi meningkatkan lagi potensi diri.

“Percayalah, apa yang dikatakan tidak penting atau remeh itulah yang akan menjadi penyelamat graduan sebaik saja tamat pengajian,” katanya.
 
Ermmm... Aku dah 5 tahun mnganggur.... Aku rilek jer.... Sebab tu bukan silap ipta ataul or institusi... Tu sbnarnya dr dr graduan itu sendiri.... Masuk u tau nak blajar ikut buku... Tapi tak blajar kmahiran hidup di dunia nyata.... Jgn ulangi ksilapan kami...hahahaha.... Last2 aku join bidang sales sbb aku budak BBA ...so... Ambik pngalaman...jual kete ke..jual insurans ke... Jual loan ker... Jgn jual bdn uda laa.... Sbb dlm resume..pngalaman ygpaling mahal.... So. Fikir2kn laa... Blajar hidup... Bukan blajar mnghafal.... Tp.. terus terang akucakap... Sistem pndidikan kita ni dah terapkan mcm tu... So... Kena kaji balik.. org.skolah tinggi2 sbb nk dpt kja bagus... Bukan nak jadi penghafal ygbgus...wakakaka
 
Ermmm... Aku dah 5 tahun mnganggur.... Aku rilek jer.... Sebab tu bukan silap ipta ataul or institusi... Tu sbnarnya dr dr graduan itu sendiri.... Masuk u tau nak blajar ikut buku... Tapi tak blajar kmahiran hidup di dunia nyata.... Jgn ulangi ksilapan kami...hahahaha.... Last2 aku join bidang sales sbb aku budak BBA ...so... Ambik pngalaman...jual kete ke..jual insurans ke... Jual loan ker... Jgn jual bdn uda laa.... Sbb dlm resume..pngalaman ygpaling mahal.... So. Fikir2kn laa... Blajar hidup... Bukan blajar mnghafal.... Tp.. terus terang akucakap... Sistem pndidikan kita ni dah terapkan mcm tu... So... Kena kaji balik.. org.skolah tinggi2 sbb nk dpt kja bagus... Bukan nak jadi penghafal ygbgus...wakakaka

Pendapat yg sangat bernas... Sb xde butang like kasi angkat sepantuk utk bro...:)cgrock
 
sbb institusi pendidikan di negara kita ni
dari darjah 1 smpai universiti menerapkan
sistem peperiksaan.....

klau dkt universiti antarabangsa
mmg xhairan anak2 melayu ni dpt pointer tinggi
dlm exam dpt result bagus...

tapi bolehkah anak2 melayu berfikir
sebagaimana org2 lain2 berfikir??

mengapa cara pemikiran graduan2 dari negara lain lebih kreatif & kritis??

bagaimana plak bdk2 di jepun boleh MENGKAJI
theorem pitagoras di bawah umur 10 tahun???
tapi budak2 di malaysia,mereka BELAJAR
teorem pitagoras ketika berusia 13 tahun?

di negara lain,konsep pendidikan
adalah memahami bukannya menghafal

di malaysia,konsep pendidikan adalah
berorientasikan sistem peperiksaan & teknik hafalan
 
sebab umo persaraan dilanjutkan sampai 60thn, tak da sapa nak pencen......
 
kebanjiran IPTS baru,jadi degree dan diploma kuar dgn begitu byk disamping IPTA yg ada.
 
ade segulung ijazah xde membawa erti ape2..
banyak kene ada..skills yg xde pada org lain...kita kene ade..
jgn memilih kerja...kdg2..kerja bawah2 xnk..nk jadik exec..
 
jgn risau jika anda menganggur,....aku tak pernah kerja makan gaji,..:))....anda rajin anda boleh jadi kaya....buat lah sesuatu mesti jadi duit, jgn sesiakan akal waras anda,...:)cgrock
 
"belajar rajin2 nanti besar boleh kerja best2.. dapat gaji besar"

ayat motivate orang2 tua yang makan diri.
 
Back
Top
Log in Register