BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganggur ragut telefon bimbit ditahan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
gari-gadis_1571407719.jpg














KUALA LUMPUR: Penganggur ditahan selepas disyaki terbabit menyamun sebuah telefon bimbit milik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, mangsa yang sedang berjoging di Taman Midah, Cheras, dekat sini, tiba-tiba didatangi seorang lelaki bermotosikal yang menarik telefon bimbit yang tergantung di leher mangsa.

Tindakan itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan dan lutut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Taman Dagang Permai, Ampang, Selangor, pada jam 11.30 malam kelmarin.

“Tangkapan suspek dilakukan sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hasil maklumat dan risikan.

“Turut dirampas daripada suspek, motosikal dan beberapa lagi barangan yang digunakan dalam kejadian samun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mokhsein berkata, suspek pernah ditahan sebanyak lima kali sebelum ini berkait jenayah samun pada 2016 di kawasan Kuala Lumpur dan satu kes dadah di kawasan Ampang pada tahun ini.

Ujian saringan awal air kencing suspek juga didapati positif penggunaan dadah jenis syabu

Suspek direman selama lima hari sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.












sumber: https://assets.bharian.com.my/images/articles/gari-gadis_1571407719.jpg
 
Dah biasa buat kerja menyamun,tu la kerja dia tuk sara hidup dia pasni duk penjara dah xyah pk lagi psl mkn minum psl semuanya dah diaturkan utk dia.Padan muka
 
Dah biasa buat kerja menyamun,tu la kerja dia tuk sara hidup dia pasni duk penjara dah xyah pk lagi psl mkn minum psl semuanya dah diaturkan utk dia.Padan muka

adakah buat kes untuk masuk penjara?
 
Back
Top
Log in Register