BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman Creepy Kerja kat Bilik Mayat

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1743041168000.webp



Citer 1

Korang boleh bayangkan, kerja kat tempat macam ni memang AKAN ada benda pelik jadi sekali-sekala, tapi taklah sekerap yang orang selalu sangka. Hari pertama aku kerja, kunci keranda tiba-tiba terpelanting dari rak dan jatuh sejauh 7 kaki. Member kerja aku gelak je, katanya benda macam tu memang selalu jadi. Lepas tu, sebulan tak ada apa-apa kejadian aneh. Aku pun tanya orang lain, borak santai, dan rupa-rupanya, semua yang kerja sini memang pernah kena benda pelik, tapi cuma masa hari pertama kerja.

Satu hari, aku kena ambil mayat janin. Kami tak guna katil jenazah untuk kes cenggini, sebaliknya letak dalam beg khas yang fleksibel, macam beg tidur. Aku ambil dari hospital, sangkut tali beg tu kat bahu, pastu pakai silang dengan bahagian tengah beg tu rapat dekat perut aku. Semuanya berjalan lancar, sampai aku keluar dari kereta dan bawak masuk beg tu ke dalam bilik.

Masa aku nak letak beg tu, tiba-tiba perut aku rasa panas gila…bukan panas biasa, tapi macam ada tenaga pelik yang menusuk dan meresap ke dalam badan aku. Aku terkejut ya amat, bukan sebab panas semata-mata, tapi sebab aku rasa sesuatu yang aku tak tahu nak jelaskan. Aku yakin benda tu datang dari bayi yang belum sempat lahir tu.

Bilik rehat pekerja dan bilik dobi berkongsi dinding yang sama. Setiap hari, aku akan dengar bunyi ‘BANG!’ kuat dari bilik dobi. Aku ingatkan ada orang kuat sangat tutup kabinet atau laci macam nak roboh, sampailah satu hari yang aku sibuk giler dan aku sorang2 je kat dalam bangunan tu.

Bunyi ‘BANG!’ tu kedengaran lagi. Aku pun mula fikir... kejap... ni pelik. Jadi, aku pergi bilik dobi, buka beberapa kabinet pasal nak tengok kalau benda tu akan tertutup sendiri. Tapi tak ada apa yang berlaku. Lepas tu, aku jadi lebih peka dengan tempat ni. Aku selalu ambil gambar, tapi tak pernah nampak apa-apa yang pelik… Macam ada roh yang terperangkap dalam bilik mayat ni, cuba tarik perhatian kita. Aku tertanya-tanya, roh ni tersesat ke, atau dia cuba nak sampaikan sesuatu?

Benda terakhir yang nak aku kongsi—aku dan bos aku pernah dengar bunyi bayi menangis, suara yang panggil nama staf, dan barang-barang kecil yang selalu berpindah tempat sendiri.

Aku baru kerja sini dalam 3-4 bulan, tapi rasanya banyak lagi cerita seram yang aku akan kumpul nanti.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;




Citer 2

Masa aku tengah buat latihan kat rumah mayat, tempat tu memang terkenal kononnya "berhantu" sebab dulu ada seorang pembantu pengarah pengebumian yang kena serangan jantung dan meninggal dalam bangunan tu. Tapi dia bukan buat benda seram pun, cuma suka kacau lampu kat dewan sembahyang.

Kalau lampu mula berkedip-kedip, orang akan cakap, "John, keluarga nak datang, jangan buat hal," dan tiba-tiba je lampu kembali normal. Aku tak pasti betul-betul berhantu ke tak, tapi setiap kali aku cakap macam tu, masalah selesai. Jadi, sepanjang aku kerja situ, aku terus je buat benda yang sama.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;




Citer 3

Aku dulu kerja kat rumah mayat kat daerah aku. Setakat kejadian benda-benda pelik kat situ memang dah jadi perkara biasa... Pintu buka tutup sendiri ikut suka hati, lampu yang dah dimatikan tiba-tiba menyala balik lepas beberapa minit. Memang ada ‘penghuni’ kat situ.

Salah satunya, bekas pengarah pengebumian – selalu menampilkan kehadiran dia dengan jelmaannya berada di mana2 kat rumah mayat tu. Dia macam tak nak tinggalkan kerja dia. Lagi satu, ada satu set abu mayat yang tak pernah dituntut. Mayat dia dulu dijumpai kat kawasan bukit bertahun-tahun sebelum aku kerja situ. Keluarga dia tak mampu nak uruskan kos pengebumian, jadi kerajaan ambil dan uruskan pembakaran mayat tu. Tapi bila dah lebih dua tahun, keluarga dia langsung tak datang tuntut. Sejak tu, rasanya dia dah anggap rumah mayat tu sebagai rumah dia sendiri.

Masa aku berhenti kerja, abu dia masih ada kat situ. Sedih juga, sebab roh-roh yang ada kat situ macam tak nak ‘pergi’ lagi. Kita boleh je tanya kalau diorang dah bersedia nak cari ‘cahaya’ untuk ke alam seterusnya, tapi kalau diorang belum nak pergi… diorang memang takkan pergi.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;




Citer 4

Aku dah kerja kat rumah mayat ni lebih kurang tiga tahun, dan setakat ni cuma sekali je aku alami benda yang aku tak boleh nak jelaskan.

Masa tu lebih kurang sejam setengah sebelum pejabat tutup, aku sorang je yang ada kat situ. Aku tengah duduk kat ofis belakang tengah buang masa depan komputer, tiba-tiba aku dengar suara sayup-sayup memanggil, “Helloooooo?”

Aku terus bangun, jantung rasa nak terkeluar. Bunyi tu macam datang dari bilik persediaan mayat—bilik yang betul-betul sebelah ofis aku. Tapi dalam kepala aku terus tolak kemungkinan tu, sebab tak masuk akal langsung. Aku tak dengar pun loceng pintu berbunyi, jadi aku fikir mungkin aku yang tersalah dengar.

Aku pusing satu bangunan nak pastikan, tapi memang sah aku sorang je kat situ. Terus meremang bulu roma satu badan. Kekadang aku ada dengar bunyi benda bergerak atau lantai berkeriut, tapi bangunan ni pun dah tua… jadi aku anggap je lah mungkin dia tengah ‘menguruskan’ diri sendiri.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;




Citer 5

Aku nak bagitau siap2 - aku memang percaya dengan hantu, tapi aku selalu cuba cari penjelasan logik dulu sebelum terus kata tu kerja hantu, poltergeist, atau benda-benda mistik lain. Aku kerja syif malam kat farmasi hospital, dan kebetulan farmasi ni betul-betul sebelah bilik mayat. Dah banyak benda pelik jadi yang aku tak boleh nak terangkan.

Kat farmasi ni, ada ‘penghuni’ yang aku dan sorang lagi staf syif malam panggil “Henry.” Tak pasti tu nama sebenar dia ke tak, tapi dia macam respon dengan nama tu. Aku kata ‘dia’ sebab aku dah banyak kali nampak kelibat dia kat hujung mata, dan sah memang lelaki. Aku pulak satu-satunya lelaki yang kerja syif malam kat farmasi.

Henry ni suka buat hal macam…barang boleh terbang sendiri dari rak dan jatuh kat tempat yang langsung tak logik. Dia pernah ketuk tingkap plexiglass yang pisahkan farmasi utama dengan bilik IV, sedangkan masa tu aku dan staf lagi sorang ada kat luar bilik IV. Paling padu, dia pernah baling stapler kat muka sorang staf lain. Dia jugak suka buat bunyi dentuman kuat, tapi bila kami pegi periksa, tak ada pun barang jatuh atau beralih. Paling seram, bukan sorang je yang dengar - kami semua dengar benda yang sama.

Bilik mayat sebelah pun bukan biasa-biasa. Kadang-kadang, bila ada mayat baru dimasukkan, bergantung pada cara kematian orang tu, malam tu mesti ada benda pelik jadi. Kami semua dah cukup kenal rupa Henry—dia selalu muncul dengan baju biru gelap dan seluar hitam. Tapi bila mayat baru masuk, benda yang kami nampak kali ni lain. Ia kurang jelas, susah nak cam butiran dirinya. Tak tahu sama ada tu ‘penjaga’ yang datang ambil roh baru atau roh tu sendiri yang masih berkeliaran. Kadang-kadang, yang muncul cuma bayang hitam pekat, tapi rasa dia tak jahat atau marah, cuma…dia nak tunjuk la yang dia tu wujud.

Setakat ni tak ada bukti video sebab benda ni tak ikut jadual tetap. Tak setiap malam pun jadi. Jadi, bila kena, kena lah.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
 
Back
Top
Log in Register