BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengajaran untuk Nabil

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA: “Saya banyak belajar daripada peristiwa ini (kes saman) dan lega apabila semuanya selesai,” kata juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad mengenai kes saman RM2 juta oleh produksi SDAF Pictures (M) Sdn Bhd yang menerbitkan filem ‘Lu Pikirlah Sendiri De Movie’ terhadapnya.

Nabil, 27, berkata kes terbabit bukan saja memberi pengajaran kepadanya tetapi produksi lain agar tidak mengambil kesempatan ke atas pelakon baru. Menurutnya, dia bersyukur dan gembira kerana kes saman dikemukakan pengarah Aminah Rhapor ditarik balik dan lebih-lebih lagi penyelesaiannya berlaku menjelang Ramadan al-Mubarak.


“Sebelum ini, apabila mereka mahu saya minta maaf secara terbuka, saya sudah buat tetapi mereka tetap mahu saman. Biarpun kes saman ini ditarik balik, orang lain mesti terfikir sikap saya. Apapun, saya minta maaf kepada semua produser dan pengarah. “Impak kes ini sebenarnya tidak menjejaskan rezeki saya sebaliknya masih menerima tawaran baru,” katanya yang hadir di pejabat peguam, J S Pillay & Mohd Haaziq, di sini semalam. Menurutnya, apa yang jelas, pandangannya dan Aminah bercanggah dan ketika penggambaran dijalankan sebelum ini juga sukar.


Nabil mengakui perasaannya pada mula sangat takut apabila disaman tetapi bersyukur apabila mendapat sokongan dan nasihat daripada rakan yang rapat dengannya, termasuk teman artis, Afdlin Shauki. “Menerusi kes ini, saya banyak belajar agar membaca kontrak dengan teliti. Saya sebenarnya kasihan dan ingin meminta maaf kepada produser, Datuk Suhaimi Othman yang mengeluarkan duit menerbitkan filem ini. “Kutipan filem ini sebenarnya melebihi kos pembikinan. Ini menandakan filem ini masih mendapat sambutan positif penonton. “Saya menerima tawaran ini sebulan selepas Raja Lawak musim kedua berakhir. Ketika itu, saya tidak mempunyai panduan.


“Pada mulanya, saya tidak kisah apabila filem ini menggunakan ‘tagline’ saya, Lu Pikirlah Sendiri sebagai judul, walaupun mereka tidak beritahu saya. “Saya terima berlakon bukan kerana duit tetapi atas niat ingin belajar menjadi pelakon. Bila orang lain tegur saya salah, saya terima dan minta maaf,” katanya.


Filem Lu Pikirlah Sendiri adalah lakonan pertama Nabil. Dia bagaimanapun menyatakan tidak berhasrat menyaman semula pengarah itu.


Mohd Haaziq pula berkata, kenyataan dikeluarkan Nabil sebelum ini adalah bersifat pandangan peribadi. “Sepatutnya, jika kontrak dibuat dengan teliti, Nabil boleh mendapat bayaran yang lebih kerana menggunakan tagline itu. Namun, ini menjadi pengajaran pada Nabil mahupun artis lain agar membaca kontrak dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.


“Sesiapa pun boleh menyaman berjuta ringgit tetapi dia perlu membuktikan kerugian yang dialami,” katanya. Sementara itu, Nizam Bashir menyatakan apa diperkatakan Nabil bukanlah terma rahsia dalam kontrak yang merujuk pada skrip dan plot penceritaan.


“Komen Nabil sebenarnya hanyalah mengenai kualiti dirinya sendiri sebagai pelakon. Dia memang berhak memberi pandangan mengenai dirinya sendiri,” katanya.
 
Fuhh sabar habis tu si Nabil tu..siap redha' & biarkan saja tak saman balik...

If jadik kat aku memang aku saman balik dgn amount yg sama kat producer cakap besar tu nak saman aku bai!
 
best ke cite ni? lom tengok2 lagi sampai harini :D
 
Best kena saman tu pasal tak serik2..:))

Tajuk :
Setiap Penyakit Ada Penawarnya
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
 
jadikan pengajaran....
kalau tidak...
alalaalalatuk jangan saman...
 
fuh..sib baik ekau jang..haha!
 
ni salah seorang 'artis' yg aku meluat.....
 
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...yang penting jadikan iktibar...
 
Back
Top
Log in Register