BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengajaran dan Kisah Hijrah Rasulullah SAW

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
khwah dan Akhwat yang dikasihi sekelian, sempena bulan Syaaban yang baru sahaja melintasi kita marilah kita melihat sebuah kisah yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umat Islam seluruhnya. Kisah Ini biasa kita dengar, tetapi pernahkah kita mengambil pengajaran darinya?

Sekembalinya tentera muslimin dari kepungan terhadap yahudi bani Nadhir, pelbagai harta fai’ (harta yang diperolehi dari musuh tanpa berlakunya peperangan) telah dapat dikumpul oleh tentera muslimin. Apabila tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta-harta tersebut di antara golongan muhajirin. Dan golongan Ansar tidak mendapat bahagian dari harta-harta tersebut kecuali dua orang sahabat yang fakir sahaja iaitu Sahl bin Hanif dan Abu Dujanah .

Tindakan Rasulullah s.a.w adalah disebabkan golongan muhajirin merupakan mereka yang lebih berhak mendapat harta tersebut apabila mereka terpaksa berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala harta milik mereka di Mekah semata-mata kerana akidah mereka.

Firman Allah s.w.t memuji golongan Muhajirin : ” (Harta rampasan itu juga) untuk orang-orang fakir yang berhijrah yang terusir dari kampung halamannya dan meninggalkan harta bendanya demi mencari karunia dari Allah dan keredhaanNya dan (demi) menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar.”

Pendirian yang diambil oleh golongan Ansar terhadap tindakan Rasulullah telah mendedahkan satu gambaran ukhuwwah yang sebenar, satu gambaran ukhuwwah yang amat ideal. Sekiranya peristiwa tersebut tidak dirakamkan di dalam Al-quran nescaya tidak ada seorangpun yang akan percaya dengannya berlakunya peristiwa tersebut.

Kita lihat kepada jawapan golongan Ansar apabila diberi pilihan oleh Rasulullah s.a.w, ” Sekiranya kamu mahu, kamu boleh membahagikan kepada muhajirin rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu berkongsi bersama mereka harta ghanimah ini. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh mengambil semula rumah-rumah kamu dan harta-harta kamu dan kamu tidak mendapat apa-apa dari harta ghanimah ini.” . Maka Ansar menjawab : ” Malah kami akan membahagikan harta-harta kami dan rumah-rumah kami dan kami akan memberikan harta ghanimah tersebut kepada mereka dan tidak berkongsi bersama mereka. “.

Tindakan golongan Ansar ini telah diberikan pujian oleh Allah s.w.t dalam FirmanNya yang bermaksud : “Dan orang-orang ( Ansar ) yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman sebelum ( kedatangan ) mereka ( Muhajirin ), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka ( Muhajirin ), dan mereka mengutamakan ( Muhajirin ) keatas diri sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan sesiapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang yang beruntung.“ .
 
sgt besar jasa rasulullah terhadap islam dan pembangunan ummah!
 
1000271619.jpg

1000271621.jpg

1000271618.jpg

1000271620.jpg


Kisah Hijrah Baginda SAW

Mari sama-sama kita hayati kisah hijrah Baginda SAW. Semoga bermanfaat.

#maalhijrah1446
 
1000271630.jpg


6 Fakta Hijrah Rasulullah SAW

1. Hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiulawal.

2. Khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab telah memilih bulan
Muharram sebagai permulaan tahun baru Islam.

3. Rasulullah SAW mengasaskan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba’

4. Sebelum Baginda memulakan perjalanan hijrah, rumah Baginda telah dikepung oleh 11 pembesar Quraisy yang bertujuan membunuh Baginda.

5. Rasulullah SAW berhijrah bersama-sama Abu Bakar Al- Siddiq dan Abdullah bin Uraiqit Al-Laithi (sebagai penunjuk jalan.)

6. Perjalanan hijrah Baginda SAW dan Abu Bakar Al-Siddiq dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sejauh + 475 KM adalah dengan menaiki unta.

Sumber: Al-Rahiq Al-Makhtum -Sirah Nabawiyah SAW
 
1000272955.jpg


HIJRAH MEMBAWA KEJAYAAN

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, ayat 100 yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur.”

Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah SWT bahawa mereka akan memperoleh kemudahan - kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan mengalahkan musuh. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1326)

Hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa dalam Islam. Meneliti sejarah hijrah, terlalu ramai para Rasul melakukan hijrah seperti Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS dan lain-lain.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
1000273696.jpg


#SejarahIslamKita

Indahnya Islam mengajak muslimin muslimat mari kita bersama-sama menjadikan awal Muharram 1446H sebagai titik mula satu azam dan tekad yang baru untuk berbakti kepada agama islam yang tercinta ini.

Marilah sama-sama kita lihat kembali kisah perjuangan datuk moyang kita diawal penurunan wahyu kepada nabi kita Muhammad SAW, hingga berjaya membina sebuah daulah yang membawa kepada pembukaan jazirah arab dan kejatuhan empayar Parsi dan Rom.

Peristiwa Hijrah Rasul SAW serta para sahabat ke kota Yatsrib merupakan tanda aras kepada sebuah era baharu, bahwa para sahabat telah bersedia membina daulah Islam dan mengangkat syiar agama ini.

Begitulah suri tauladan, siri-siri perjuangan yang ditunjukan oleh generasi awal untuk kita contohi serta berperanan dalam kehidupan bermasyarakat hari ini.

Terus ikuti siri #SejarahIslamKita dan jangan lupa sebarkan manfaat kepada saudara kita yang lain.
 
1000277106.jpg


🌟SEJARAH ISLAM KITA 🌟

Era Jahiliyyah

"Era Jahiliyah juga dikenali sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Ini dapat dilihat dari dua aspek iaitu, aspek material dan aspek moral.

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ""Siapakah menciptakan langit dan bumi?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Allah"".
(Surah Luqman : 25).

Budaya Asobiyyah Jahiliyyah telah menyebabkan mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Selain itu, era ini juga sangat berleluasa perlakuan zina, judi, pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadap golongan miskin & anak yatim.

Terus ikuti siri #SejarahIslamKita dan sebarkan manfaat bersama kepada saudara kita yang lain."
 
1000277107.jpg


🌟SEJARAH ISLAM KITA 🌟

Era Makkah : Dakwah bermula

3 Tahun dakwah secara rahsia berjaya mengislamkan seramai lebih kurang 40 orang.

Memasuki fasa dua, dakwah secara terang-terangan selama 10 Tahun, Rasulullah SAW mulakan dengan keluarganya sendiri dan kemudiannya bersama para sahabat berdakwah secara umum.

Rasulullah SAW dan para sahabat melalui jalan ini dengan penuh mehnah dan tribulasi. Antaranya penentangan Kaum Quraisy dan Bani Tha’if, tuduhan tenung nasib, gila, penyair, sihir. Siksaan terhadap nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal, Ammar dan Keluarga Yasir, Khabbab bin Al-‘Arts. Boikot terhadap Bani Hasyim dan Bani Muthalib selama 3 tahun pada tahun 7 Nubuwwah serta diplomasi bergilir-gilir dalam sembahan juga ditawarkan harta, pangkat serta wanita.


Terus ikuti siri #SejarahIslamKita serta like dan share untuk sebarkan manfaat bersama kepada saudara kita yang lain."
 
1000277128.jpg


🌟SEJARAH ISLAM KITA 🌟

Baiatul Aqabah : Anugerah daripada Allah

"Pengislaman 6 penduduk Yatsrib (Madinah) ketika menunaikan haji di Mekkah pada tahun 11 kenabian, memberi sinar bahawa agama ini akan terus mekar walaupun ia disambut oleh masyarakat bukan Quraisy.

Setahun kemudian setelah setiap pintu rumah di Yatsrib telah diketuk dan diseru kepada Islam, Islam diterima baik oleh penduduk Yatsrib. Termeterai janji setia kedua (Baiatul Aqabah) pada tahun 13 kenabian. Kali ini seramai 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan berbaiah bahawa akan melindungi Baginda s.a.w seperti melindungi anak isteri mereka sendiri.

Ini memberi isyarat, bahwa kota Yatsrib lebih berpotensi menjadi tapak perlaksaan syariat Islam juga penyebaran agama Islam.

Terus ikuti siri #SejarahIslamKita serta like dan share untuk sebarkan manfaat bersama kepada saudara kita yang lain."
 
1000629906.jpg


Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi perubahan jiwa dan tekad demi mencari reda Allah SWT. Seperti kata Ibn Kathir, orang beriman pasti akan menemukan perlindungan di mana saja kerana janji Allah buat mereka yang ikhlas berhijrah.

Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik, dari gelap kepada cahaya, dari lalai kepada taat, dari biasa kepada luar biasa.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
Back
Top
Log in Register