BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penerjun Universiade terima ganjaran

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PUTRAJAYA – Empat penerjun wanita kebangsaan mendapat suntikan semangat menjelang Piala Asia dan Sukan SEA apabila menerima ganjaran ‘mengejut’ ekoran kecemerlangan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) di Shenzhen, China baru-baru ini.

Pencapaian satu perak dan dua gangsa oleh skuad terjun meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-48 dalam senarai negara bertanding.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sebelum ini tidak menjanjikan sebarang ganjaran, menetapkan insentif RM10,000 bagi pingat perak individu, gangsa berpasangan (RM5,000 setiap anggota) dan berpasukan (RM2,500 setiap anggota).

Ratu terjun, Pandelela Rinong muncul penerima habuan tertinggi dengan RM17,500 menerusi kejayaan membolot pingat perak acara 10m platform individu dan dua gangsa (acara platform seirama bersama Leong Mun Yee dan acara berpasukan bersama tiga rakan sepasukan).

Mun Yee merupakan penerima kedua tertinggi dengan habuan RM7,500, sementara Cheong Jun Hoong dan Wendy Ng Yan Yee masing-masing menerima RM2,500 setiap seorang.

Mereka menerima insentif itu pada majlis rumah terbuka Hari Raya KPT di bangunan Kementerian di sini semalam.
 
Back
Top
Log in Register