BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penerjun China jadi pengacau

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Kejohanan Terjun Piala Asia yang bermula hari ini di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, mahu dimanfaatkan sepenuhnya Bryan Nickson Lomas untuk meraih satu lagi tiket ke Olimpik London tahun depan.

Bryan sebelum ini telah mengesahkan tiket London 2012 dalam acara 3 meter papan anjal menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Shanghai, Julai lalu, namun gagal berbuat demikian bagi 10m platform yang merupakan acara kegemarannya.

Anak kelahiran Kuching berusia 21 tahun itu akan turun beraksi pada Selasa ini, iaitu hari terakhir kejohanan dengan dua penerjun pelapis China, Wang Anqi dan Li Di bakal bertindak selaku 'pengacau'.

Seperti diduga, China tidak menghantar pasukan terkuatnya kerana kuota kelayakan kontinjen itu sudah pun dipenuhi, justeru memberi laluan kepada barisan pelapisnya.

Begitupun, pasukan bertaraf 'B' yang dihantar negara tembok besar itu bukan atlet sebarangan kerana penerjun seperti Anqi pernah muncul juara Kejohanan Dunia Remaja di Tuscon, Amerika Syarikat, tahun lalu.

"Saya tidak pernah bertanding dengan mereka, namun Wang Anqi, setahu saya ialah juara remaja dunia. China mungkin sekadar menghantar pasukan pelapis, tetapi itu pun sudah cukup hebat.

"Saya jangka ia pasti sukar untuk menewaskan mereka, apa pun saya akan cuba buat yang terbaik," katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Bryan menambah, beraksi di laman sendiri akan menjadi kelebihan dan oleh itu peluang tersebut harus digunakan sebaiknya untuk meraih tiket kedua menerusi kejohanan ini daripada menunggu sehingga Piala Dunia di London, Februari depan, yang menjadi medan terakhir kelayakkan.

"Saya akui peluang masih ada di Piala Dunia tahun depan dan sebenarnya ia lebih mudah di situ (18 penerjun individu layak), namun dapat layak lebih awal, lebih bagus...harap semuanya berjalan lancar Selasa ini," jelas Bryan.

Sebanyak 10 acara dipertandingkan, namun hanya empat daripadanya iaitu 3m papan anjal individu (lelaki dan wanita) dan 10m platform individu (lelaki dan wanita) menawarkan tiket ke Olimpik.

China diramal mampu menyapu bersih kesemua acara dan ia adalah penghalang besar kepada hasrat Malaysia untuk menyambar tiket bonus dan awal ke Olimpik.

Ini kerana buat kali pertama badan induk akuatik dunia, FINA, mengiktiraf kejohanan antara benua dijadikan sebagai pentas kelayakkan Olimpik tetapi dengan syarat, hanya 'Juara Benua' layak meraihnya.

Andai Malaysia berkedudukan tempat kedua di belakang China, tiket itu tetap jatuh ke tangan China biarpun ia tidak membawa sebarang makna kepada mereka.

Malaysia turut mengharapkan dua penerjun veteran, Yeoh Ken Nee (3m papan anjal) dan Leong Mun Yee (10m platform) mencipta kejutan.

Mun Yee akan diuji bekas pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2009, Kang Li, manakala Ken Nee pula berdepan seorang lagi juara remaja dunia, He Chao.

Melengkapkan senarai skuad Malaysia ialah Traisy Vivien Tukiet, Ng Yan Yee, Cheong Jun Hoong, Ooi Tze Liang, Pardika Indoma, Ahmad Amsyar, Chew Yihwei, Kam Ling Kar dan Jasmine Lai. Ratu terjun, Pandelela Rinong yang telah menempah tiket Olimpik, direhatkan kali ini.
 
Back
Top
Log in Register