Alhamdullillah....saya cuba traslate....lebih kurang mintak maaf..
"SL"(stop lost) adalah sangat penting dalam "trading" (Forex, Futures dll).
Ia membolehkan kita "mengawal"/menghadkan jumlah atau tahap risiko pada satu satu "trade" dan dapat mengelakkan "Jumlah kerugian" utk terus meningkat sehingga tidak terkawal.
Perkara ini merujuk kepada (directional Trading) - Trade dengan mengambil kira arah pergerakan harga..sepertimana yg sering kita lakukan.
Ada keadaan dimana "SL" menjadi 'tidak berkaitan'(munkin maksud TT,...SL munkin tidak perlu kalau kita memansuki pasaran bukan sebagai speculator- LB)..tetapi sekiranya anda hanya memrlukan untuk mengetahuai arah pergerakan harga, SL adalah menjadi satu kewajiban.
Ada ketikanya kita bertemu Traders(selalunya yg kurang pengalaman) yang menentang/tidak bersetuju dengan penggunaan SL.
Ada pelbagai alasan yg diberikan mereka.
tetapi selalunya ada satu perkara/penyebab utama yg mendorong mereka untuk menentang penggunaan SL.
Alasan itu adalah "KEENGGANAN MEREKA UNTUK MENGAKUI BAHAWA MEREKA MUNKIN SALAH."
(EGO - LB)
Apabila kita meletakan SL dalam sesuatu Trade..itu bermakna kita memperakui bahawa kita munkin salah.
(salah- ingat price naik tapi tau tau dia turun ..VV - LB)
Pada hakikatnya, pasti kita akan melakukan juga kesalahan ,tidak ada sesiapa yg sentiasa betul...dan untuk sentiasa betul adalah suatu yg mustahil.
Tetapi...trader yg kurang berpengalaman selalu enggan meletakan SL kerana ini memberikan mereka rasa "selesa" seolah olah mereka tidak munkin salah.
Pastinya...mereka nanti akan "tersedar" setelah mereka menerima kerugian yg besar.
Terdapat pelbagai sebab/kaedah/cara untuk menetukan tempat dimana untuk kita meletakan SL.
Ada traders yg secara "semborono" (hentam/tibai) meletakan SL pada "x pips" ( letak je SL beberapa pips drp entry poin- LB) tanpa mengambil kira keadaan/situasi harga/pasaran.
Ini adalah sesuatu yg tidak masuk akal. (cara salah menetukan lokasi SL -LB)
Setiap pair adalah berbeza, setiap "setup' berbeza,..makanya penetuan tempat SL sudah semestinya berbeza (bergantung kepada keadaan....bukan sekadar mengikut jumlah pips yg kita suka- LB)
Ada berbagai cara Traders gunakan untuk menetukan lokasi SL ,
antaranya...harga tertinggi/terendah,ATR, nombor bulat, pivot, fibo dsbnya...
Saya tidak bersetuju dalam penggunaan "Trailing Stop".
Ianya (trailing stop) menambah kemunkinan/perubahan, yg mana mengakibatkan agak mustahil untuk kita menguji ketepatan penggunaan SL kita.
Dan lagi saya merasakan SL sepatutnya telah diletakan (ditetapkan) dalam pasaran.
Melainkan anda mempunyai "broker" yg menjalankan trading anda, penggunaan "Mental Stops" adalah sangat merbahaya. ( kita sudah mengira lokasi SL...tapi...kita tak keyin...hanya kita ada lokasinya dlm minda kita dan akan terus Cut bila triggered - LB)
Ianya merbahaya kerana kita munkin tidak ada dihadapan computer sewaktu pasaran sudah melanggar "SL mental" kita tu.
Lebih teruk lagi...kalau kita sebenarnya ada depan komputer...melihat harga melintasi "SL mental"..tapi..kita tetap menunggu harga berpatah balik...tetapi malangnya...harga terus berlalu meninggalkan kita...
Meletak SL adalah cara terbaik melakukan trading.
Juga...jangan mengubah SL apabila anda sudah memasuki trade.
Ini adalah kerana...sebelum memasuki pasaran...fikiran anda dapat berjalan sebaiknya, tetapi setelah berada dlm pasaran...kita seringkali dikuasai oleh emosi dan lebih mudah untuk melakukan kesilapan.
Mengubah SL lebih jauh...setelah memasuki pasaran , juga merupakan satu kesalahan yg jangan sesekali dilakukan.
Saya menggunakan "Fibo" utk menetukan SL.
Selain Fibo, saya juga menggunakan (bergantung kepada sesuatu trade)- harga tertinggi/terendah, nombor bulat dan trend line( garisan trend)
Untuk memudahkan penerangan, saya mengambil contoh/andaian yg kita akan BUY (Long) dalam contoh ini.
(kalau SELL(short) terbalikkan sja )
Juga...pastikan anda sedar bahawa contoh ini adalah contoh untuk menentukan SL dengan kaedah bentuk gometry.
Mula Mula, kita kena tentukan "entry" poin.
Apabila saya menetukan tempat ENTER(BUY), saya mengambil kira tempat "support level" yg kuat.(Untuk BUY).
Tempat ENTER ini biasanya saya kenalpasti dgn menggunakan kombinasi 2 atau lebih level Fibo.
Saya kemudiannya meletakan SL saya pada "bahagian atas" level support terendah yg berikutnya. (ABOVE the next lowest line of support.)
Ini munkin kedengaran ganjil pada sesetengah orang...kerana ianya kelihatan lebih logic utk meletakan SL TEPAT pada level support yg berikutnya atau dibawah level support.
Bagaimanapun...cara penetuan SL begini telah terbukti berkesan utk saya berdasarkan pengalaman saya.
Meletakkan SL PADA (at the next lowest level of support is illogical) "level terendah support yg berikutnya" adalah tidak logik..
Kenapa kita hendak meletakan SL, kita ditendang keluar drp "trade" pada titik dimana harga munkin akan berpatah balik pada arah yg kita harap?
Pada pandangan saya...inilah tempat lokasi SL yg paling salah.
Ramai traders yg menggunakan method ini, meletkan SL dilokasi ..."Bawah " level support yg berikutnya ( place their stops below (or beyond) the next level of support)
Malangnya...Ini menjadikan Risk Reward Ratio (kadar nisbah untung/rugi) menjadi kurang baik.
Dan lagi...harga munkin melanggar, melepasi sedikit paras tersebut (SL triggerd), dan menyebabkan kita dah keluar dari position, walaupun selepas itu,level tersebut berjaya menyebabkan harga berpatah balik ke atas.
Meletakan SL pada lokasi, "Atas" support level yg "Berikutan" daripad "Entry" level ...memberikan "ruang" utk trading yg berkesan , disamping mengekalkan Kadar Nisbah Untung:Rugi yg baik.
Saya juga mengambilkira faktor faktor yg lain (significant highs/lows, round numbers, and trend lines). ..dgn itu..kadang kadang, saya akan meletakan SL yg lebih rendah atau lebih tinggi bergantung kepada faktor tst.
Menentukan SL adalah sesuatu yg bukan mudah sebenrnya.
Dan ianya sangat "subjektif".
Bagaimanapun ..diharap penerangan ini dapat membantu.





Alhamdullillah....harap harap dapat membantu....kalo pening jugak...saya mintak maaf...

)