BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk terkejut terima 'surat kuning'

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BANDAR TINGGI - Penduduk Taman Bandar Tinggi kesal dan terkejut apabila menerima ‘surat kuning’ awal Oktober ini iaitu notis pemberitahuan bagi kerja-kerja pemotongan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun mendakwa, tidak menerima sebarang penyata bagi bulan berkenaan.

:Pengerusi Persatuan Penduduk, Abu Yazid Jaapar berkata, dia menjangka, masalah itu turut dialami penduduk lain di taman membabitkan kira-kira 85 unit kediaman berkenaan, berdasarkan maklum balas diterimanya daripada penduduk yang mendakwa turut menerima surat kuning dari TNB.

Menurutnya, masalah itu juga sebenarnya menjadi ‘buah mulut’ penduduk sekitar kampung ibunya di Kuala Pah kerana mereka menerima notis pemotongan bekalan elektrik oleh TNB seminggu lebih awal.

“Saya berharap, sekiranya TNB kekurangan kakitangan, mereka dapat menambahnya secepat mungkin untuk membaca secara terus bil elektrik di kediaman pengguna bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku di mana bil belum lagi sempat diterima pengguna, notis pemotongan pula yang sampai terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Nizam Nordin, 48, berkata, dia sudah dua bulan berturut-turut menerima surat berwarna kuning dan menganggap notis pemotongan pertama yang diterimanya disebabkan kecuaiannya sendiri kerana menghilangkan bil yang dihantar ke rumah.

“Bagaimanapun, saya agak terperanjat kerana bulan ini bukan hanya saya seorang yang menerima notis pemotongan, malah majoriti penduduk mengalami masalah sama.

“Bulan lepas, bil elektrik saya sekitar RM80 hingga ke RM90 sahaja tetapi kini meningkat kepada RM145.25,” katanya.

Nizam berkata, perkara seumpama itu tidak harus berlaku kerana menganggap soal pembayaran bil berkaitan imej individu.

Katanya, kegagalan membayar bil melambangkan imej tidak baik dan dia bukanlah seperti itu.

Lorezan Hassan, 50, pula berkata, dia merujuk masalah itu kepada pejabat TNB berhampiran dan musykil dengan jawapan yang diberikan bahawa dia berkemungkinan menghilangkan bil elektrik dihantar ke rumah dan TNB akan menyiasatnya.

“Bagaimanapun, tidak mungkin sampai hampir satu taman kehilangan bil elektrik masing-masing. Saya terima, jika mereka kata masalah ini berpunca daripada kesilapan teknikal mereka dan bukannya disebabkan kecuaian pengguna,” katanya.

Alias Yahya, 42, pula berkata, dia tidak menerima notis tersebut disebabkan isterinya pergi ke pejabat TNB kerana curiga bil elektrik masih lagi tidak sampai ke rumahnya.

“Nasib baiklah kediaman saya berhampiran pejabat TNB, tetapi cuba fikirkan jika masalah ini dihadapi warga emas yang duduk jauh dari Pekan Kuala Klawang dan tiba-tiba menerima surat pemotongan elektrik.

:“Saya berharap, TNB memandang serius mengenai masalah ini kerana kami sebagai pengguna berhak mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada mereka,” katanya.
 
kalau ada masalah dgn tnb, samada bil, permohonan bekalan, penalti, kecurian arus dll....boleh refer kat aku....mana yg aku boleh tolong, aku akan tolong. tapi ada juga kes yg aku tak dapat tolong
 
kalau ada masalah dgn tnb, samada bil, permohonan bekalan, penalti, kecurian arus dll....boleh refer kat aku....mana yg aku boleh tolong, aku akan tolong. tapi ada juga kes yg aku tak dapat tolong


BRO leh tolong x agar saya x perlu bayar Bil letrik setiap bulan tanpa perlu pemotongan letrik kat umah saya? :">
 
aku rilek jer....takder masalaah......hehehehe
 
BRO leh tolong x agar saya x perlu bayar Bil letrik setiap bulan tanpa perlu pemotongan letrik kat umah saya? :">

haha..terigt aku kat umah sewa kwn aku..bdk rumah dia dr student uitm smpi skrg dh keje 3-4 thn x prnh byr bil lektrik..bil x prnh smpi pun..wakaka...untung diorg..:)):))
 
kekdang bil 2 bulan tak smpi...bl smpi skali terus banyak...cm tak bg org dapat pembiayaan kerajaan je....scamlaa TNB nih...
 
Back
Top
Log in Register