strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
OLEH: ASYRAF MUHAMMAD
Tarikh: December 31, 2013
DAMANSARA DAMAI - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket curi lori di sekitar kawasan ini berjaya diberkas penduduk ketika sedang leka menjalankan kegiatan itu, awal pagi semalam.
Kejadian sekitar jam 4 pagi itu berlaku setelah salah seorang penduduk berhampiran lokasi kejadian terdengar bunyi kaca pecah dari luar rumah.
Menurut Mohd Fattah Mubin, 44, isterinya menyedari kelibat seorang lelaki sedang berlegar berhampiran lori .
“Dia kejut saya selepas dengar bunyi itu. Ketika meninjau dari tingkap rumah, saya* lihat cermin lori sudah dipecahkan dan penggeranya juga berbunyi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Curiga dengan keadaan itu, Fattah kemudiannya memaklumkan kepada pengerusi persatuan penduduk sebelum turun untuk cuba menangkap penjenayah terbabit.
Dia terlihat lelaki itu tergesa-gesa berjalan kaki meninggalkan lokasi.
“Ketika itu, saya terus menangkapnya. Masa itu berlaku sedikit pergelutan,” katanya.
Fattah menemui pemutar skru dalam kocek lelaki itu.
“Saya yakin mulanya dia cuba umpil pintu tapi bila tak berjaya dia memecahkan cermin lori,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Idaman, Azizan Suradi berkata, lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam sindiket curi lori berdasarkan beberapa kes yang pernah berlaku sebelum ini.
Menurut Azizan, sebelum kejadian itu berlaku, terdapat sebuah kereta didapati berlegar berhampiran lori berkenaan bagi meninjau keadaan di kawasan itu terlebih dahulu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
“Kita akan menjalankan siasatan atas kesalahan cubaan mencuri dan tindakan selanjutnya akan diambil selepas ini,” katanya.