BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk mahu jalan rosak diturap

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sulaiman menunjukkan jalan kampung yang berlubang akibat dilalui kenderaan berat.​

MACHAP - Kenderaan berat yang melalui jalan kampung menyebabkan laluan masuk ke Kampung Keremoyang, di sini, berlopak dan pecah.

Rata-rata penduduk kampung berkenaan tidak puas hati dengan kenderaan tersebut yang masuk ke kampung mereka sehingga menyebabkan kerosakan jalan yang dilalui bertambah teruk terutama pada musim hujan.

Ketua Kampung Sri Ampangan, Sulaiman Salleh berkata, sebagai wakil penduduk beliau menjadi tempat mengadu masalah dan kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan kerosakan jalan utama kampung itu.

Menurutnya, semakin hari keadaan bertambah teruk dengan kemasukan lori muatan berat yang membawa dan mengangkat barang dari kilang yang terletak di dalam kampung.

"Disebabkan itulah jalan yang lebih kurang 100 meter dari jalan utama menjadi rosak dan berlekuk akibat dilalui kenderaan berat.

"Masalah ini saya telah ajukan kepada pihak yang bertanggungjawab dan saya juga telah mengutarakan agar jalan masuk itu diturap semula agar lebih selamat digunakan," katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, sebagai wakil penduduk, beliau telah membuat surat kepada pihak yang bertanggungjawab namun sehingga kini peruntukan untuk menurap jalan berkenaan belum diterima.

Beliau berharap agar permohonannya untuk menurap jalan kampung dapat diluluskan segera kerana ini melibatkan keselesaan rakyat tempatan.

"Jalan yang hendak diturap tidak banyak, hanya lebih kurang 100 meter sahaja kerana kawasan itu melalui jalan kilang. Malah, jalan yang rosak ini digunakan penduduk di beberapa kampung rangkaian seperti Kampung Pisang, Kampung Sungai Rambai, Kampung Keremoyang dan Kampung Baru GSA.

"Jika jalan tersebut tidak diturap segera mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa kerana keadaannya yang teruk ditambah tiada lampu jalan menerangi kawasan berlopak itu waktu malam," katanya.
 
Back
Top
Log in Register