eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KLANG - Pihak berkuasa tempatan terutamanya Majlis Perbandaran Klang (MPK) diminta mengkaji semula operasi menembak gagak yang dilihat mengganggu dan mengancam keselamatan penduduk khususnya di sekitar bandar ini.
Penduduk, Kamalludin Hussin, 64, berkata, kejadian yang menimpanya sekeluarga 5 Julai lalu sangat mengejutkan kerana dia bukan sahaja menanggung kerugian, malah turut terganggu berikutan operasi yang terlalu hampir dengan kediamannya.
Katanya, pada hari kejadian, pasukan penembak gagak melepaskan begitu banyak tembakan dan pada satu ketika, dia terdengar bunyi kuat jatuh di atas bumbung rumahnya.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah apabila diperiksa, bumbung ‘poly-carbonate porch’ berlubang akibat seekor gagak yang mati ditembak jatuh di atasnya.
“Malah saya sekeluarga juga terpaksa mencuci dan memberus untuk menghilangkan bau hanyir dan kesan tompokan darah di halaman rumah kami,” katanya.
Kamalludin berkata, dia juga kesal dengan sikap penembak berkenaan yang bukan sahaja mengancam dan merosakkan kediamannya malah turut memasuki kawasan rumahnya tanpa rasa bersalah.
“Individu itu tidak menghormati saya sebagai tuan rumah apabila masuk ke rumah kami tanpa meminta izin untuk mengambil bangkai gagak yang ditembak.
“Kejadian yang berlaku membuatkan kami sekeluarga berasa kecewa dengan kredibiliti pihak penganjur termasuk MPK yang seolah-olah lepas tangan dengan apa yang terjadi,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Ruhayah Mahmod, 61, berkata, dia juga kecewa dengan MPK yang masih enggan bertanggungjawab walaupun sudah beberapa kali membuat aduan kepada majlis sebelum ini.
“Saya membuat aduan kepada Bahagian Pengaduan dan Bahagian Kesihatan juga ada menghubungi saya, namun hingga ke hari ini, tiada seorang pun pegawai daripada MPK datang menyiasat kejadian itu.
“Perkara ini sudah lama berlaku dan kami sekeluarga memberi peluang kepada majlis untuk menjawab, namun tiada maklum balas diterima,” katanya.
Ruhayah berkata, dia sekeluarga tidak memikirkan sangat kerugian yang ditanggung, namun kecewa kerana MPK langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang terjadi di rumahnya.
“Ini soal kredibiliti dan tanggungjawab mereka (MPK), bahkan perkara yang berkaitan dengan keselamatan penduduk juga diabaikan dalam operasi yang dijalankan itu,” katanya.